m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 15, 2017

Taekwondo: Cabaran hijau!

4 Disember 2016 - Setelah berjaya melepasi cabaran tali pinggang kuning dua, Amier terus melangkah ke cabaran  yang selanjutnya - tali pinggang Hijau! Cabaran kali ini sangatlah luar biasa. Dan aku tahu, Amier sendiri sangat kurang berlatih untuk ujian kali ini. Malah masa yang diluangkan untuk membuat latih tubi juga sangat terbatas. Tiada pertapaan di gua atau gunung. Tiada latihan di gymnasium. Tiada sparring dengan teman-teman seperjuangan. Tiada makanan tonik kuat badan. Tiada ini. Tiada itu. Tiada segalanya. Tetapi Amier cekal. Terus cekal bergerak maju ke medan laga.

Para pelatih beratur untuk mendapatkan subsidi minuman susu segar dari pihak sekolah.
Duduk menanti giliran untuk beraksi.
Amier dengan wajah ganasnya telah bersiap siaga.
Nama Amier masiih belum dipanggil lagi.
Pelatih tali pinggang merah sedang cuba mematahkan kayu jati dengan menggunakan gigi.
Seorang master sedang memerhatikan para murid-murid pelatih.
Operasi mematahkan kayu jati masih lagi diteruskan.
Amier masih menanti.
Dan terus menanti.
Acara grading taekwondo diadakan di Sekolah Jalan Gurney. Memang di sinilah tempat kerabat taekwondo bersidang dan beradu kuat. Berduyun-duyun pelatih taekwondo dan para ahli keluarga hadir. Bahang acara sangat dirasakan oleh setiap yang hadir. Suasana tegang sentiasa menyelubungi gelanggang. Para jurulatih berteriak bertempek. Anak-anak berlari memekik. Ibu bapa penuh gusar dilingkungi udara yang tepu dengan keresahan. Dan acara akan dimulakan seketika saja lagi.

Ibu bapa datang memberikan sokongan kepada anak-anak.
Giliran Amier semakin hampir.
Tetapi masih belum dipanggil nama Amier.
Teacher Alice (guru taekwondo Amier) sedang memeriksa nama murid-murid.
Sebahagian dari instructor yang pernah mengajar Amier.
Para murid-murid pelatih dipanggil nama mereka. Satu per satu.
Amier menanti dengan sabar. Akhirnya namanya dipanggil juga. Amier bingkas bangun. Tiada sebarang ragu atau gentar. Gagah kaki menampungi tubuh gempal sasa Amier. Dan jurulatih memberi arahan. Tegas.

"Front upper punch!"
"Lower section block!"
"Double side kick!"
"Triple flying kick!"
"Turning kick!"

Tang turning kick tu Amier macam tak berapa konfiden pulak. Amier punya turning kick macam orang tendang bola aje. Tak macam taekwondo langsung. Tapi juri yang melihat tetap memberi markah kepada Amier. Tinggi pulak markah yang diberi oleh Master. Kaji punya kaji, rupanya tendangan side kick Amier tu sebijik macam tendangan lencong Mohd Faiz Subri yang baru dapat award Puskas Fifa baru-baru ni. Okay-lah. Tak kisahlah tu. Yang penting Amier dapat markah yang memuaskan. 

Dan setelah beberapa minggu sesudah grading, akhirnya Amier dianugerahi tali pingggang hijau kerana lulus dalam sessi grading-nya. Aku sangat berbangga dengan pencapaian Amier. Kini level Amier dah sama dengan kakaknya, Wanie. Aku terus memberi galakan agar Amier terus mendapat tali pinggang merah pada hujung tahun berada di SK Ampang. Amin.

Amier sedang beraksi.
Seluruh warga pelatih sedang mempersembahkan aksi hebat mereka.
Left hand punch. Tapi ada jugak  yang buat right hand punch.
Master sedang memberi markah kepada para pelatih.
Amier dan rakan-rakan masih lagi beraksi.
Master masih lagi memberi tumpuan kepada pemarkahan.
Ibu bapa semakin cemas.
Memberi sokongan moral kepada anak-anak.
Setelah habis grading.
Amier berasa lega.
Sangat lega. Walaupun botak.
Tiga minggu kemudian.
Amier memperolehi tali pinggang hijau. Syabas anakku!

Friday, January 6, 2017

Menyingkap sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

26 Jun 2016 - Kali ni aku nak berkisah pasal sejarah pulak. Pasal bangunan yang telah menjadi mercu tanda Kuala Lumpur untuk sekian lama. Tempat berlangsungnya acara menyambut Hari Kebangsaan tahun-bertahun. Tapi kenapa tetiba aku macam berminat pasal sejarah bangunan pulak ya? Pasalnya adalah..... pada suatu hari, aku kena teman Wanie ke sini untuk tugasan PT3-nya bagi mata pelajaran Sejarah. Itulah puncanya.

Wanie di hadapan menara jam.
Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam proses pemuliharaan.
Tangga spiral yang viral.
Panoramic view bangunan.
Langit biru cantik kan?
Mahkamah Persekutuan.
Batu bersurat di bangunan.
Oleh kerana aku tak nak korang berasa bosan dengan entry kali ni, maka aku akan tulis dalam bentuk point form ajelah. 10 fakta mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad:

1. Nama Bangunan Sultan Abdul Samad adalah sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

2. Nama asal bangunan ini adalah Pejabat Baru Kerajaan. Tu aje!

3. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham pada 4 April 1897.

4. Bangunan ini telah dibina untuk menempatkan pejabat pentadbiran bagi kerajaan British di negeri Selangor yang sebelum ini bertempat di Kelang.

5. Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya.

6. Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur.

7.  Rekabentuk bangunan adalah bercirikan senibina Moorish dan Moghul.

8.  Kos pembinaan sepenuhnya ialah $152,824.

9. Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan.

10. Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW. 

Setelah selesai mengambil gambar, kami pun bergeraklah untuk pulang. Tapi tiba-tiba kami ditahan oleh seorang wanita Cina yang agak berumur yang mengedarkan satu pamphlet tentang kesedaran mengenai wujudnya sindiket memperdagangkan organ manusia di serata dunia. Aku rasa wanita tu bukan orang tempatan. Tapi macam dari Tanah Besar Cina aje. Selepas berinteraksi dengan beliau, kami pun beredar.
 
Kementerian Pelancongan pun ada kat sini.
Wanie di koridor yang misteri.
Wanie di depan pintu.
Jabatan Warisan Negera pun ada kat sini.
Satu lagi panoramic view.
Sebahagian bangunan dari satu sudut terpencil.
Pandangan sisi bangunan.
Muka hadapan bangunan.



Wanie di samping satu backdrop.
Dataran Merdeka.
Pandangan panorama Dataran Merdeka.
Bye-bye Bangunan Sulan Abdul Samad.

Wednesday, January 4, 2017

Bermain tenis dengan teman-teman otai UTM

21 Februari 2016 - Memang tiap-tiap pagi Ahad aku main tenis. Kalau tak ada aral. Management kelab tenis yang aku masuk tu (TTC a.k.a. Titiwangsa Tennis Community) yang uruskan soal tempah court dan beli bola. Yang aku tau cuma datang main aje. Cuma perlu bawak reket dan air minum. Dan bulan-bulan kena bayar fee sikitlah. Tapi tak payah pening kepala lebih-lebih. Sebab tu aku sangat happy sejak join TTC ni. Cuma kadang-kadang court kat Titiwangsa tu tak dapat digunakan pasal ada tournament. Atau pada hari Ahad tu aku ada hal lain. Maka aku kenalah buat arrangement lain kalau nak jugak main tenis pada minggu tu. Yang paling senang, aku mesej aje kat court Jalan Duta. Tanya ada kosong atau tidak. Kalau ada, aku book-lah dari jam 8-11 pagi. Ajak kawan-kawan lama aku. Otai-otai dari UTM. Yang penting dapat stroking.

Aku dengan Chot. (Gambar ehsan Hj Noris).
Rehat time setelah bermain selama 3 minit. (Gambar ehsan Hj Noris).
Tiga kawan lama bergabung dan meletop. (Gambar ehsan Hj Noris).
Hj Noris dan Chot. (Gambar ehsan Hj Noris).
Warming up session. (Gambar ehsan Hj Noris).
Best picture of the session. (Gambar ehsan Hj Noris).
Hari tu turun main aku ajaklah geng-geng lama. Tapi yang available cuma Hj Noris dan Chot - classmate aku masa buat Degree kat UTM dulu. Hj Noris dengan aku tahap permainan dari dulu memang lebih kurang sama level aje. Tapi Chot adalah seorang pemain tenis yang hebat. Memang Chot berada dalam kelasnya yang tersendiri. Tapi barangkali dah terlalu lama sangat tak main tenis, dicampur pulak dengan faktor kesihatan, maka Chot punya keupayaan dah semakin menurun. Tapi itu tak menghalang kami dari enjoy pukul bola kat dalam gelanggang. Cuma yang slek nya kurang satu player aje. Maka tak bolehlah kami nak main doubles. Pada usia macam kami ni, main single memang out of the question-lah. Namun demikian kami belasah jugak main single. Tapi kejap aje dah pancit.

Aku tengah stroke dengan Chot. (Gambar ehsan Hj Noris).
Chot pakai reket lama. (Gambar ehsan Hj Noris).
Haji Noris in action. (Gambar ehsan Hj Noris).
Ready for volley. (Gambar ehsan Hj Noris).
Sedang asyik bermain tiga orang, tetiba aku ternampak kelibat kenalan aku dalam arena tenis - Afat, Akmal dan Abid kat court sebelah. Masa tu aku nengok Abid tengah lepak kat tepi court. Maka aku ajaklah Abid pukul bola dengan aku kejap. Pong pang pong pang, aku pun penat. Noris pulak stroking dengan Abid sampai penat. Lepas tu Abid pun join-lah geng dia kat court sebelah. Kami main sampai kira-kira jam 11 pagi. masa tu matahari dah mencacak kat atas kepala. Panas tak tertahan. Maka kami decide untuk balik ajelah. Thanks guys for your time!

Abid mempamerkan kehebatannya. (Gambar ehsan Hj Noris).
Chot tengah get ready to swing the racquet. (Gambar ehsan Hj Noris).
Aku pukul bola memang dari bawah. Dah terbiasa. (Gambar ehsan Hj Noris).
Body position pun tak betul. Hantam sajalah Labu... (Gambar ehsan Hj Noris).
Backhand satu kasi mari! (Gambar ehsan Hj Noris).
Lepak setelah habis main.
Aku tak tunggu lama. Terus balik rumah.