m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 24, 2012

Food Review: Mi goreng mamak Ampang Jaya

Dulu, lapangan ni hanya ada lot tempat letak kereta tepi jalan, di sebelah taman permainan kanak-kanak. Beberapa bulan lalu, seorang pemuda, suami, ayah, telah bukak meja, bukak payung, dan bukak banner kat sini. Terpampang label "Mee Goreng Mamak". Oooohhhh... Dia nak berniaga makanan rupanya. Cuma beroperasi pada hujung minggu - Sabtu dan Ahad. Awal-awalnya, sambutan agak dingin. Tapi ada jugaklah orang yang datang mintak order sedikit sebanyak.

Satu hari aku pun cuba order mi gorengannya. Harganya cuma RM3.50 saja. Aku pun tak expect yang lebih-lebih dengan harga yang sedemikian. Bila aku dan keluargaku merasa, eh, kira okay jugaklah rasanya. Murah pun murah. Dan kami semakin lebih kerap membeli mi goreng mamak ini. Ayahku, setiap minggu pasti mintak dibelikan sebungkus untuk dimakan.

Inilah gerai ringkas mi goreng mamak Ampang Jaya.
Ramuannya sangat mudah. Sayurannya cuma tauge. Ada telur, ada pelbagai jenis sos dan kicap, serta turut diletak cuka dan cili bor. Yang lain-lain aku pun tak tau. Satu kuali boleh masak untuk empat bungkus aje. Semakin lama semakin ramai orang yang berkunjung ke sana. Dia berniaga dari pagi hari sampai ke petang. Lepas tu dia akan pulang. Kekadang dibantu oleh isterinya. Kekadang dia sendirian.

Chef in action.
Aku pernah tanya dia, duduk kat mana? Dia kata kat Shah Alam. Jauh tu! Macam mana boleh bukak gerai kat Ampang? Dia kata dia selalu lawat mak mentua dia kat Ampang. Kekadang isteri dia ada urusan lain kat luar. Jadi, bila dia rasa bosan duduk kat rumah mentua lama-lama, dia pun terfikirlah nak buat berniaga mi goreng mamak. Bukan nak cari untung, tapi lebih sebagai hobi. Hobi yang mendatangkan hasil. Bagus jugak macam tu. Bagi yang nak merasa, silalah datang ke sini. Memang sangat berbaloi dengan harga yang semurah itu.

Mi goreng mamak siap!

No comments:

Post a Comment