m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 28, 2015

Larian Terry Fox 2014 di Titiwangsa: Bersedia untuk berlari

Bahagian 1

2 November 2014 - Ini kisah tahun sudah. Tapi masih belum basi, pasal aku nengok expiry date-nya masih jauh lagi. Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, kami memang sangat regular mengikut program larian amal Terry Fox ini. Larian ini adalah untuk mengutip dana bagi tujuan cancer research yang telah dipelopori oleh seorang warga Canada bernama Terry Fox (1958-1981). Ini bukanlah larian yang ada pemenang nombor 1, 2 dan 3. Ini sekadar larian santai aje. Ofis wife aku yang berpusat di Canada merupakan penyumbang dana terbesar dalam acara ini. Maka kesemua staf digalakkan untuk turut serta menjayakan program ini bersama seluruh ahli keluarga.

Amier dan Saleh. Dua peserta kanak-kanak yang bersemangat.
Makan sarapan dulu sebelum memulakan larian.
Sabriena jugak tak sabar-sabar nak berlari.
Bersama anak seorang teman, Yana.
Keluarga Hanif dan Azleen.
Acara larian ini diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Peserta perlu lari satu round keliling Tasik Titiwangsa yang seluas Lautan Hindi. Seperti tahun lepas, nak cari tempat parking memang sangat mencabar. Kereta dan manusia punyalah banyak. Jadi kami kena letak kereta agak jauh sedikit dari tempat acara dilangsungkan. Nasib baik kami datang agak awal. Jumpalah jugak satu spot yang kira agak strategik. Biasanya kalau aku main tenis kat Titiwangsa, memang aku parking kat situ jugak.

Bergambar beramai-ramai sebelum berlari.
Ini adalah wajah-wajah sebelum penat berlari.
Ramai jugak keluarga staf ofis wife aku yang  terlibat. Ada lagi yang tak ada dalam gambar.
Masing-masing dah sangat teruja untuk berlari.
Siap pegang banner besar lagi.
Kami menapak sampailah kat lokasi perhimpunan para peserta. Wah! Ramai sungguh aku nengok orang berkumpul memakai baju t-shirt yang sama design, dengan semangat membara. Terasa bahangnya. Pasukan bomba siap terpaksa sembur air di udara bagi menyejukkan suasana. Kami terus ke khemah ofis wife aku. Kat situ ada banyak makanan sarapan yang disediakan seperti muffin dan sandwich dan air mineral dan 100 Plus. 

Tetiba aku ternampak ada pizza, ayam goreng dan nasi Arab mandy kambing. Apa lagi. Menyangkakan itu adalah sebahagian dari menu sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak ofis, aku pun bedal makan habis licin licap kesemua makanan itu dalam masa kurang dua minit. Terus aku kekenyangan. Burrrrppp!!! Tetiba ada satu makcik berbadan besar berteriak, "Hei! Mana aku punya makanan yang terhebat di Nusantara ini hah?!!" Aku terkedu. Baru aku terperasan yang makanan yang aku makan tadi mungkin miliknya. Secara tergagap-gagap, aku terpaksa mengakui kesalahanku. Bila mendengar pengakuanku itu, terus makcik berbadan besar tu menjerit sekuat hatinya menggunakan suara versi super sonic, "Muntahkan balik semua makanan aku!!! Sekarangggg!!!!!" Aku yang terkejut terus termuntah, dan muntah aku terus masuk ke dalam botol air mineral. Makcik tadi mencapai botol tersebut dan meminumnya dengan lahap. Kemudian beliau bertukar menjadi Mrs Badang. Huarrrgggghhh!!! Dan memiliki kuasa kekuatan yang luar biasa. Hahaha... Macam tak logik aje kan? Memang tak logik pun, sebab tak betul. Keh keh keh...

Kami berteduh di bawah sekaki payung yang besar.
Antara staf yang turut terlibat dengan larian ini.
Muffin pelbagai rasa disediakan untuk peserta staf ofis wife aku.
Vice President, Encik Rob dan Miss Kim.
Kim, Kak Yati dan Fidah di bahagian pengurusan.
Di meja urus setia.
Secara tak semena-mena, hujan mula merintik dari awan. Geng-geng Petronas yang juga ada di situ mula mengagihkan baju hujan untuk staf mereka. Dan masing-masing pakailah baju hujan warna hijau Petronas itu. Peserta lain yang tak bawak baju hujan terpaksalah berteduh di bawah khemah yang sangat sempit. Aku tak terkecuali. Selebihnya terpaksalah pulak membiarkan diri mereka dibasahi air hujan yang pada ketika itu masih belum lebat.

Hujan mula turun. Peserta bertempiaran lari. Lariiii!!!
Nasib baik hujan tak berapa lebat sangat.
Hujan dah mula reda.
Antara peserta yang hadir.
Ms Sheila memastikan kesemua urusan berjalan lancar.
Seorang bomoh hujan dari Afrika telah datang ke tapak perhimpunan secara tiba-tiba. Dia melakukan ritual menghalau hujan. Tapi dia tersalah baca ritual. Yang pergi bukanlah hujan, tetapi kesemua para peserta larian. Padang perhimpunan terus jadi kosong sekosong-kosongnya. Menyedari kesilapannya, bomoh Afrika tadi terus pergi, beredar dari situ ketakutan. Setelah beberapa ketika, barulah tempat tu dipenuhi semula dengan para peserta larian. Dengan izin Allah, hujan akhirnya reda. Dan para peserta kembali berlegar-legar di tengah padang menanti hon dibunyikan menandakan larian akan dimulakan.

Bersambung...

Di meja hidangan.
Pening nak memilih makanan yang paling sedap.
Husband dan anak Rahmawati.
Sangat bersemangat untuk memulakan larian.
Banyak lagi makanan kat atas meja. Tak ada orang nak makan lagi ke?
Azreen dan Sheila sedang sibuk dengan urusan masing-masing.
Sebahagian dari keluarga Azreen.

No comments:

Post a Comment