m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, August 3, 2015

2 Syawal 2015 - Rumah pertama yang Anding beraya tahun ini

18 Julai 2015 - Setelah pulang dari beraya di rumah Kang Sutris, kami cepat-cepat meluru balik ke rumah. Kena bersiap sedia. Pasal malam nanti akan ada tetamu yang akan datang beraya. Kenalah siapkan makan minumnya, juadah dan kuih-muihnya. Tetamu yang dimaksudkan adalah teman keluarga kami yang juga merupakan artis penyanyi, pelakon dan pengacara Anding AF. Memang tiap-tiap tahun Anding akan beraya ke sini. Kekadang awal Syawal. Kekadang lewat sedikit.

Anding memulakan topik perbincangan mengenai tugasnya pada hari raya yang pertama.
Soalan yang diajukan adikku kepada Anding menyebabkan Anding terkedu seketika.
Setelah berfikir sejenak, akhirnya Anding berjaya juga menjawab soalan tadi dengan penuh konfiden.
Amier turut melayan tetamu di malam hari ini.
Yana mengambil kesempatan bergambar dengan Anding.
Yana bersengkang mata menanti Anding tiba di rumah kami.
Anding melayan kehendak Yana tanpa keberatan.
Aku pulak turut mengada-ngada nak jugak bergambar dengan Anding.
Raya tahun ini memang best. Itulah maksud kami memberikan two thumbs up.
Anding bergambar dengan adikku pulak.
Another shot with Anding.
Anding tiba di rumah kami agak lewat malam. Masa tu dia baru aje habis bertugas. Kata Anding, rumah kami adalah rumah yang pertama dia pergi beraya pada tahun ini. Anding dijamu masakan lontong dan lodeh, serta ketupat dan rendang. Itulah juadah yang ada kat rumah kami pada hari pertama raya tahun ini. Lama jugak Anding kat rumah kami. Berborak-borak perkara-perkara yang macam-macam. Bila dah cukup time, barulah Anding minta diri untik beredar. Dan sudah tentulah kami pun ambil kesempatan untuk bergambar dengan tetamu yang spesel ini. Adik aku, anak saudara aku (Yana), dan aku jugak telah bergambar dengan Anding dengan pose yang istimewa untuk para peminat. Setelah bersalaman, barulah Anding pergi meninggalkan rumah kami. Terima kasih kepada Anding kerana sudi datang dan melayan kerenah kami.

Anding di meja makan.
Setelah selesai makan.
Sambil menikmati dessert kuih-muih raya.
Gaya ala-ala sado pulak.
New school versus old school.
Special pose for 'our' peminat. Keh keh keh...

No comments:

Post a Comment