m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, September 6, 2015

6 Syawal 2015 - Menyambut sanak saudara di rumah: Jom masuk!

Bahagian 1

22 Julai 2015 - Pada petang yang hening ini kami cuma menanti. Menanti di teratak kami. Seperti menanti buah durian gugur ke tanah dalam dusun yang terpencil. Sesekali kami melihat wajah masing-masing. Menarik nafas dalam-dalam. Menghembus panjang. Fuuuuuuhhhh! Terus menjangka apa yang bakal berlaku seterusnya. Tiba-tiba...

"Assalamualaikum!" Eh! Siapa kat luar tu? 
"Assalamualaikum dunia. Bangunlah semua. Lihatlah pada diri kita, semua serupa!!" Kami lantas merenung ke luar jendela. Bayu pagi meniup lembut. Kami lihat bintang di angkasa. Purnama menerangi gelapku. Dan kami tanya apa khabar. Kami tanya apa khabar. Kami tanya apa khabar semua. Ooooohhhh! Rupa-rupanya abang iparku, Abang Ngah Nordin serta anak-anak dan cucu-cucunya. Lalu kami menjemput mereka masuk. "Jemput masuk. Jangan malu-malu. Buatlah macam rumah sendiri." Dan para tetamu yang terdiri dari ahli keluarga pun masuklah dengan sukacitanya.

Abang Ngah dalam proses mencedok char kuetiau yang baru dimasak.
He ain't heavy. He's my brother - Emi dan Zuan.
Ali dan kawannya - Jasmin.
Isteriku dengan dua orang anak saudaranya - Nadia dan Azira.
Isteriku dengan dua orang lagi anak saudaranya - Emi dan Zuan.
Kak Enon bersama anak-anak dan cucu.
Abang Ngah dan Zuan sedang menikmati juadah char kuetiau.
Nadia terkejut dan bagaikan nak pitam bila merasa keenakan char kuetiau ini.
"Jemput duduk. Jangan malu-malu. Ha, jemput makan. Makan-makan. Makan sampai habis. Kalau habis boleh masak lagi. Kalau bahan habis, boleh beli lagi. Makan sampai kenyang. Sampai kembung perut. Sampai muntah. Silakan. Silakan semua. Jangan malu-malu. Kalau malu nanti kelaparan." pelawa kami.

Para tetamu pun makanlah juadah yang kami sediakan pada petang itu. Kami menyediakan masakan yang mudah disediakan, tetapi mempunyai tahap keenakan yang boleh dibanggakan. Terlihat jelas betapa para tetamu sangat-sangat enjoy menikmati makanan yang kami hidangkan. Char kuetiau panas-panas. Straight from the kuali. Memang kami sengaja tunggu tetamu datang baru kami masak. Ini adalah untuk memastikan kehangatannya yang membara. Udang dan kerang yang kami campurkan adalah fresh dari laut dalam. Baru aje ditangkap di Laut Cina Selatan. Kami gunakan udang dan kerang 'tempatan'. Bukan Siam punya! Kalau Siam punya banyak pengawet.

Bersama cucu saudara - Amanda.
Kakak dan adik merasai penangan char kuetiau.
Senyum dulu sebelum sambung makan.
Isteriku bersama anak-anak saudara, dan seorang cucu saudara. Sabriena turut enter frame.
Kak Enon sedang menikmati char kuetiau.
Emi pun enjoy jugak makan char kuetiau.
Ali dan Jasmin pun suka makan char kuetiau. Hari-hari Ali dan Jasmin makan char kuetiau.
Kami perasan ada orang baru dalam kelompok tetamu yang hadir pada petang itu. Anak buah kami, Syed Ali nampaknya telah membawa seorang temannya untuk bertandang ke rumah kami. Kalau tak silap aku namanya Jasmin. Aku senang ingat nama Jasmin pasal masa Ali perkenalkan nama kawannya itu, aku teringat nama beras Jasmine. Sorry ya. Memang macam tulah cara aku mengingat sesuatu nama atau nombor. Mesti aku kaitkan dengan perkara-perkara yang ada di sekelilingku.

Setelah semua tetamu selesai makan, aku terus menyapa, "Ha, apa lagi? Sembanglah. Boraklah. Banyak benda yang boleh diborakkan. Boleh borak pasal 1MDB. Boleh borak pasal donation Pak Arab. Boleh borak pasal bola kalah teruk kepada UAE 0-10. Nak borak pasal artis pun boleh jugak. Pilih tajuk sendiri. Pilihlah". Dan para tetamu pun mulalah berborak panjang mengenai tajuk yang macam-macam.

Amanda dalam pelukan Granny-nya.
Puteri kepada Zuan dan Sri - Hana.
Hana sedang bercerita pasal Coach Dollah Saleh yang letak jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya.
Zuan makan oren yang dicicah dengan char kuetiau.
Dalam banyak-banyak orang, aku agak sukar untuk mengambil gambar cucu saudaraku, Adrian. Berkejar-kejar aku dengan kamera Nikon ku. Adrian tetap menyembunyikan wajahnya dari diambil gambarnya. Mak Usu kepada Adrian, Azira cuba memujuk. Tapi Adrian tetap camera shy. Kalaulah aku dapat snap wajah Adrian, kira macam kemenangan besar bagi aku. Aku terus berusaha keras untuk membuatnya menoleh kepadaku.

Bersambung...

Siapakah gerangannya yang bersembunyi di sebalik meja itu?
Amanda dalam pangkuan neneknya.
Haikal dalam pangkuan pakciknya.
Kak Enon dengan cucunya.
Adik-beradik, Ika dan Yaya penggemar buah oren tegar.
Mak Usu Azira sedang memujuk Adrian untuk diambil gambarnya yang hensem itu.

No comments:

Post a Comment