m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 1, 2016

Amier ambil hadiah: Majlis Sekolah Agama Rakyat

Bahagian 1

20 November 2015 - Hari ini adalah hari spesel bagi Sekolah Agama Rakyat Ampang Jaya. Inilah pertama kalinya hari penyampaian hadiah diadakan di dewan serbaguna Ampang Jaya. Tahun-tahun sebelum ni acara gemilang hujung tahun ini dibuat secara kecil-kecilan kat surau, yang juga satu kawasan dengan sekolah agama. Mungkin tahun ni ada bajet besar sikit kot? Kalau dulu cuma duduk atas karpet surau, kini siap susun kerusi kat dewan lagi. Malah ada sarapan pagi pulak tu. Teh tarik lagi. Aku memang sangat teruja. Aku rasa ustaz ustazah dan ibu bapa yang hadir turut berasa teruja jugak. Pagi ini memang lain suasana dan auranya.

Kuih-muih dan air teh tarik sebagai sarapan di pagi hari.
Seronoknya aku dengan hidangan ini.
Sebahagian dari ibu bapa dan pelajar yang sampai awal.
Amier sedang menikmati teh tarik.
Anak-anak happy dapat berkumpul pada hari yang meriah ini.
Ceria bersama anak-anak ini.
Pentas dewan yang telah disediakan kayu rehal untuk anak-anak khatam Al Quran nanti.
Kengkawan sekelas Amier. Yang kat kanan tu namanya Zarfan. Bapak dia kawan badminton aku.
Amier tak sudah-sudah lagi dengan teh tariknya.
Main iphone sejenak.
Anak-anak leka bermain iphone.
Sedang menanti majlis dimulakan.
Amier tak sabar-sabar nak ambil hadiah. Dia dapat nombor tiga.
Ustaz Zakaria yang pernah mengajar Syahmie dan Wanie. Tapi dia tak mengajar Amier lagi.
Semua tetamu dijamu dengan sarapan dulu. Aku pekena teh tarik sampai dua gelas. Power jugak teh tarik yang aku minum tu. Ala-ala Power Rangers jugak lah. Sarapannya pulak merupakan kuih karipap dengan kuih keria. Agak lama jugak kami menunggu acara dimulakan. Rupa-rupanya orang PA system tu sampai lewat. Kesian jugak aku nengok para ustaz ustazah menanti resah ketibaan sound system kat dewan. Anak-anak pulak tak kisah pasal kelewatan acara. Mereka happy aje bermain handphone atau apa-apa saja gadget yang ada dalam tangan.

Leka bermain game kat handphone.
Masih dengan handphone.
Ustaz-ustaz sedang bertungkus lumus memasang banner.
Susah jugak nak pasang banner kat dinding batu.
Banner majlis khatam Al Quran dan Hari Kecemerlangan Ilmu 2015.
Majlis pada pagi itu dirasmikan oleh Ustaz Abd Aziz Bin Dollah, Penyelia KAFA Daerah Gombak. Tetamu istimewa itu diraikan dengan bunga manggar yang dibawa oleh dua orang pelajar. Turut mengiringi adalah pelajar-pelajar yang telah khatam Al Quran. Majlis khatam Al Quran pula akan diadakan setelah habis tetamu khas memberi ucapan sepatah dua kata.

Bersambung...

Pelajar-pelajar yang khatam Al Quran naik ke atas pentas.
Guru Besar dan tetamu khas.
Mendengar ucapan pengerusi majlis.
Pengerusi majlis sedang memberikan ucapan.
Ustaz Abd Aziz Dollah - tetamu kehormat memakai baju Melayu.
Tetamu kehormat sedang membelek teks yang bakal dibacakan nanti.

No comments:

Post a Comment