m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 27, 2016

Abby bertunang di Pahang: Santai-santai di Teluk Cempedak

Bahagian 5

Setelah selesai menjalani proses pertunangan Abby, Kami secara beramai-ramai dan berkonvoi telah menuju ke Pantai Teluk Cempedak - tempat peranginan yang paling terkenal di Kuantan. Menikmati sepoi angin pantai, segar bayu laut dan halus pasir putih sangatlah mengasyikkan. Dah lama kami semua tak ke pantai. Seingat kami, kali terakhir kami menjejakkan kaki di pantai adalah pada tahun 1511. Masa tu Portugis baru aje mendarat kat Melaka. Kami pulak baru aje nak mandi laut. Terpaksa kensel pasal terganggu dengan kedatangan orang-orang Portugis tu.

Menjejakkan kaki di pasir pantai Teluk Cempedak sangatlah mengujakan.
Wangian buah cempedak sering menusuk ke rongga hidung kami.
Pemandangan laut yang sangat mendamaikan jiwa.
Aku pulak bagaikan seorang anak seni yang sedang mencari ilham untuk menulis blog. Keh keh keh...
Barulah ala-ala seniman jalanan.
Satu sudut pemandangan yang indah.
Duduk santai membiarkan wajah-wajah ditampar lembut oleh angin pantai.
Terlalu nyaman untuk tidak dinikmati.
Abby dan Syauqi turut menikmati nyaman bayu laut.
"Yah! Inilah kampung halamanku", kata Abby sejak menjadi tunangan orang Pahang.
Berbual-bual kosong.
Berbual-bual tak kosong dah.
Berbual mengenai topik yang lebih berat seperti kisah batu, besi dan kereta kebal.
Falique tunjuk kelibat ikan jerung putih yang berlegar-legar di laut.
Abby tepuk dahi pasal dia terlupa nak bersalaman dengan bakal ayah mentuanya siang tadi.
Abang Zahid dan Wawan baru tiba dari Australia.
Grup kami semakin besar dan ramai.
Masing-masing melihat jauh ke laut sebab tiba-tiba ada ikan paus biru mengapungkan diri.
Syauqi dan Abby sedang mencari hala tuju masing-masing.
Berfikir mengenai hal yang berbeza di antara satu sama yang lain.
Setelah agak lama kami duduk-duduk di tepi pantai, kami telah sepakat untuk minum-minum di salah sebuah gerai yang ada di medan selera di Teluk Cempedak. Air yang paling hebat untuk diminum ketika berada di tepi pantai adalah air kelapa. Dan itu sudah pasti. Padanan air kelapa sudah pastilah keropok lekor bercecah sos. Semuanya terasa begitu sempurna sekali. Dan ditambah pula dengan kek hantaran keluaran Secret Recipe yang baru kami perolehi sebentar tadi. Kami pun makan dan minumlah sepuas hati dan meninggalkan segala masalah kami jauh di belakang.

Bersambung...

Abang Zai merenung jauh ke hadapan. Mencari lokasi tempat makan paling ideal.
Tempat makan minum telah dikenalpasti. Maka kami pun melabuhkan punggung.
Menanti pesanan tiba.
Kak Uda mengeluarkan makanan dari poket Doraemon-nya.
Air kelapa dah tiba. Minuman yang menyegarkan.
Sedang enak mengunyah keropok lekor perasa penyu belimbiing Madagascar.
Menikmati 'degan' (isi kelapa).
Anak-anak muda duduk di satu sudut lain.
Abby, Syauqi, Syafiq dan Faridz.
Abang Zai yang selalu mendampingi Kak Long.
Falique, Elin dan Fai.
Icha, Wawan dan Denden.

No comments:

Post a Comment