m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, August 26, 2016

1 Syawal 2016 di rumah Kak Long: Duit raya

Bahagian 2

Kami masih beraya di rumah Kak Long. Satu perkara yang memang menjadi penyeri sambutan Hari Raya, dan turut menjadi pojaan hati anak-anak muda alaf baru dan alaf lama adalah menerima duit raya dari pemberi yang budiman. Kalau perempuan dipanggil budiwoman. Tak kiralah apa panggilannya. Tetapi menerima duit raya ketika bersalaman itu adalah satu nikmat yang tak terkisah seronoknya.

Memberikan duit raya kepada cucu-cucu saudara.
"Salam Granny", kata isteriku.
Kakak Aniza punya giliran untuk mendapat habuan di hari raya.
Kini Permata Suraya pulak yang bersalaman.
Asyraf gembira pasal mendapat duit raya serta mendapat baby baru.
Wife Asyraf pulak dengan baby.
Tiga adik-beradik dengan duit raya masing-masing.
Eida turut tampil ke hadapan.
Isteriku memanggil kesemua anak buahnya, serta cucu-cucu saudaranya untuk beratur panjang. Masing-masing menurut perintah. Tak kiralah awak tu masih sekolah ke, dah kerja ke, dah berkahwin ke, asal saja masih dalam kategori anak saudara, awak akan dapat habuan dari Mak Usu ini. Tanpa membuang masa, anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara pun membuat satu barisan sepanjang Keretapi Tanah Melayu. Dengan sabar dan tenang, masing-masing bersalaman dengan isteriku. Satu per satu. Dan isteriku pun menghulurkanlah sedikit imbuhan buat mereka yang memerlukan. Dan anak-anak buah mengucapkan berbilion terima kasih yang teramat sangat, walau pun pemberiannya tak sampai pun berbilion-bilion.

Kois tiba-tiba terharu lalu menghamburkan air mata mencurah-curah bagaikan chocolate fountain.
Amin menerima duit raya lantas mengaminkan doa para hadirin dan hadirat.
Syauqi bersalaman denga Mak Usunya.
Dan satu sampul duit raya diperagakan kepada umum untuk tontonan.
Abby dengan penuh sopan memohon restu sebelum berkahwin.
Sabriena pun nak duit raya jugak.
Lalu diberikan kepadanya satu sampul berisi duit. Lantas Sabriena pun happy.
Dan terselit satu sampul duit raya di poket Mukamil.
Jelas terpancar di wajah anak-anak betapa gembiranya mereka ketika menerima duit raya. Sangat seronok melihat anak-anak seronok. Setelah itu kami sambunglah aktiviti bebas seperti makan minum, tengok tv, borak-borak, sementara menanti datangnya saudara-mara yang lain ke rumah Kak Long.

Bersambung...

Syauqi dan Amin duduk-duduk sambil makan kuih raya.
Faridz memikirkan cara untuk mendapat duit raya lebih.
Amier dah dapat duit raya. Lalu memikirkan apakah yang boleh dibelanjakan dengan duit itu.
Kois bertekad untuk menghabiskan kesemua kuih-muih yang ada di hadapannya.
Kois and his buddy - Pak Usu.

No comments:

Post a Comment