m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, September 7, 2016

2 Syawal 2016: Beraya di rumah Bibik Saodah

Bahagian 1

7 Julai 2016 - Jom kita sambung cerita raya. Pada hari kedua Aidilfitri tahun ini, kami ramai-ramai telah ke Batu Belah Batu Bertangkup di Kelang untuk menziarahi rumah salah seorang sepupu Allahyarham Ayahku - Bibik Saodah. Kami memang sangat rapat dengan Bibik Saodah yang pernah menjaga kami sewaktu kami masih kecil. Keluarga mereka banyak berkongsi cerita dengan keluarga kami. Dari dulu sampailah ke sekarang. Dan inilah kali pertama kami beraya di rumah Bibik Saodah tanpa Allahyarham Paman Ja'i (suami Bibik Saodah) dan tanpa Allahyarham Ayah.

Wanie dan Syahmie sedang makan bihun goreng yang sangat sedap.
Farid sedang tambah bihun goreng lagi. Kali yang kedua puluh tiga.
Lepas makan bihun, makan kuih pulak.
Kami ramai-ramai conquer meja hidangan ni.
Farid sangat puas hati dengan apa yang dimakan.
Ya! Masih makan bihun goreng lagi.
Amier makan bihun goreng dengan sangat lahap.
Bibik Saodah bersembang dengan ibuku.
Kami bukanlah orang yang pertama tiba di rumah Bibik Saodah. Telah ada beberapa orang tamu sedang duduk-duduk di ruang tamu. Dan ada juga yang sedang menjamu selera. Kami pula terus ke meja makan, walau sebelum diajak. Maklumlah, kami dah terlalu rapat. Bibik Saodah menjamu kami makan bihun goreng. Menunya macam simple aje kan? Tapi aku memang sangat suka makan bihun masakan Bibik. Kalau aku makan, memang akan berkali-kali aku bertambah. Farid dan Amier pun tambah beberapa kali jugak. Memang sedap. Tak tipu!

Sepupu dan dua pupu bergabung. Meletop!
Buaian antik ini menjadi tarikan golongan kanak-kanak seperti Yana dan Wanie.
Duduk rehat adik-beradik.
Wanie pun selesa duduk di buaian ini.
Berpaut di pokok buah.
Aku tak pasti ini pokok apa.
Pokok buah ni sangatlah rendang. Sangat enak kalau dibuat masak rendang.
Sesudah makan, kami akan ke laman luar rumah. Ada banyak pokok buah-buahan. Ada pokok ciku, rambutan, jambu batu, cempedak dan durian. Allahyarham Paman Ja'i memang rajin membela pokok buah-buahan ini. Dan kalau kami datang tepat pada masanya, maka menuai hasil ajelah kerja kami. Memang seronok. Cuma pada kali ini, nampak gayanya pokok-pokok ni masih baru berputik. Belum berbuah lagi. Dan kami jugak tak ke kebun pada kali ini. Kalau tak, segala pucuk ubi, bunga kantan, pucuk gajus, semua kami rembat bawak balik.

"Ado seko anok tupa, begayuk atah pokok buoh".
Yana dengan salah seorang dua pupunya.
Duduk-duduk di atas balak.
Masih di bawah pohon yang rendang.
Duduk kat sini memang sangat selesa.
Sementara ibuku asyik berbual dengan Bibik Saodah, kami duduk bersantai, bersiar-siar di kawasan laman. Nyaman rasanya bila duduk bawah pokok yang rendang. Kawasannya bersih. Redup. Kalau ada angin yang bertiup, lagilah best. Warna hujau pokok tu sendiri dah cukup membuat kami berasa lapang dan tenang.

Bersambung...

Semua orang berkumpul di sini.
Dah dekat sebelas jam kami kat sini.
Dan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berganjak.
Dan kini hampir mencecah ke jam yang kedua puluh empat.
Ya. Kami telah melepak kat sini selama 24 jam.

No comments:

Post a Comment