m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 30, 2016

Graduasi MRSM Gemencheh 2016: Bersiap untuk SPM

Bahagian 2

Kami masih lagi di MRSM Ulul Albab Gemenceh menghadiri Majlis Graduasi dan Anugerah Huffaz 2016. Sebelum menjamu selera di dewan makan, sempat jugak kami berlegar-legar di laman sekolah mencari spot yang strategik untuk bergambar kenangan. Lepas ni Syahmie kena pulangkan baju jubah ke pihak pengurusan. Sementara masih belum dipulangkan, kami akan ambil gambar sebanyak mungkin. Biar puas bergambar. Biar banyak koleksi dalam album.

Bergaya di depan signboard majlis.
Masih di lokasi penggambaran yang sama.
Bersama Syahmie.
Masih bersama Syahmie.
Mama pulak nak bergambar dengan Syahmie.
Satu lagi shot sebelum pergi makan.
Lepas dah bergambar banyak-banyak, perut kami pun laparlah pulak. Kami pun menaiki kereta menuju ke dewan makan. Masa kami sampai tu, dewan makan masih lengang lagi. Kami pun beraturlah untuk mendapatkan makanan. Juadah pada hari tu ialah - nasi putih, sayur kobis, serta lauk ayam masak lemak atau ikan keli masak lemak. Syahmie dan isteriku pilih lauk ayam. Manakala aku memilih lauk ikan keli. Makanan dihidangkan di dalam pinggan besar. Masa aku belajar kat MRSM dulu, makan kat dalam tray. Sekarang kira dah upgrade sikitlah. Dessert pada tengah hari tu ialah jelly dan minuman air sirap. Aku makan dengan penuh berselera sekali. Burp! Alhamdulillah.

Syahmie makan dengan sangat berselera. Syahmie makan tak banyak sangat.
Siap ada dessert jelly perasa strawberry lagi.
Makan dessert pulak.
Merasa jugak kami makan kat sini.
Suasana di dewan makan. Sangat bersih tempat ini.
Sesudah makan, kami bergambar lagi. Kali ni di asrama pulak. Dan di pagar sekolah dengan background court tennis. Lepas tu barulah Syahmie pulangkan jubah ke pejabat pengurusan. Dan setelah solat zuhur, kami bawa Syahmie keluar ke pekan untuk beli barang-barang keperluan. Kami ke hypermarket berdekatan dan belikan Syahmie makanan dan minuman serta sedikit keperluan sekolah.

Sesudah tu barulah kami hantar Syahmie pulang ke asrama. Dan kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Bergambar di asrama pulak.
Masih di asrama.
Ini adalah asrama lelaki.
Lima tahun Syahmie duduk kat sini.
Bersama mama tersayang.
Masih lagi dengan mama.
Sekarang dengan papa pulak.
Masih dengan papa.
Okay, lepas ni kita bergambar kat pagar sekolah pulak.
Di pagar sekolah.
Berlatar belakangkan court tennis.
Syahmie pernah ber-posing macam ni kira-kira lebih lima tahun dulu.
Belum puas posing lagi.
Lepas ni baru boleh pulangkan jubah.
Walaupun aku tidak ekspresif dalam tingkahku, namun aku memang sangat-sangat berbangga dengan pencapaian Syahmie. Aku dulu pun belajar di sekolah MRSM juga - MRSM Kota Bahru, Pengkalan Chepa. Itu kira-kira lebih 30 tahun yang lalu. Tapi pencapaian akademikku tak berapa cemerlang. Dalam kelompok batch aku, aku sekadar berada di tangga ke-100. Lebih kuranglah. Aku tak aktif dalam sukan. Aku tak wakil sekolah dalam apa-apa pertandingan. Aku tak aktif dalam persatuan. Cuma dua persatuan aje yang aku masuk. Satu, Persatuan Islam Maktab. Memang semua pelajar Islam kena masuk persatuan ni. Satu lagi Persatuan Pelajar-pelajar Tingkatan Lima (PPTL). Ini pun persatuan wajib masuk untuk semua pelajar Tingkatan 5. Aku memang sangat pasif ketika di sekolah.

Tetapi Syahmie telah mengubah kesemua tradisi aku ini. Mungkin mengikut mamanya yang juga aktif berpersatuan ketika di sekolah. Syahmie cemerlang dalam akademik. Syahmie merupakan pelajar dalam lingkungan 20 terbaik. Sering mendapat Anugerah Penghormatan Pengetua. Macam Dean's List lah jugak. Hafaz 30 juzuk Al Quran. Pernah menjadi salah seorang ahli dalam Badan Wakil Pelajar (BWP). Mewakili sekolah dalam deklamasi sajak, nasyid, hafazan dan sukan tenis. Turut terlibat dalam Kumpulan Caklempong sebagai pemain rebana kecil. Ya. Memang aku sangat berbangga dengan Syahmie. Tak terhingga. Mengharapkan Syahmie mampu menjadi contoh teladan buat adik-adiknya yang lain. Buat Wanie, Amier dan Sabriena. 

Kini Syahmie dan teman-teman seperjuangannya sedang bertungkus lumus di lap yang terakhir sebelum menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan sekitar 7 November 2016. Kami mendoakan Syahmie dan teman-temannya mampu menyinar dan membanggakan sekolah serta para ibu bapa. Semoga hasrat mereka mengejar cita-cita akan kesampaian - menjadi profesional yang hafaz Al Quran, da'i, berakhlak mulia dan taat segala perintah Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Amin.

TAMAT

Buku fail sijil yang diperolehi para graduan.
Sijil Syahmie.
Dulu dan sekarang. Masa interview dan masa graduasi.

No comments:

Post a Comment