m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, October 15, 2016

Rusydi + Atika: Mesra di pelamin

Bahagian 4

Setelah pasangan Rusydi+Atika selamat diijabkabulkan, dan setelah bersujud syukur, Rusydi menyekitari ruang hadapan dan bersalaman dengan ibu dan ayah, serta ahli keluarga yang lain. Berterima kasih kerana memberi restu terhadap penyatuan ini. Ibu dan anak sebak bersalaman dan berpelukan. Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana mengizinkan semua ini berlangsung dengan sempurna dan lancar. 

Ibu dan anak berpelukan dalam kesyahduan.
Barang-barang hantaran dari pihak Rusydi.
Hadiah untuk Ika.
Beg, kasut, persalinan dan penyeri wajah.
Siapa nampak di mana letaknya cokelat?
Yang warna-warni tu nampak macam sedap jer...
Barang-barang hantaran dari kedua-dua belah pihak dikeluarkan. Dipertontonkan kepada khalayak. Masing-masing terpegun ketika melihat barangan itu sambil berkata, "Waaahhh... cantiknyaaaa", "Lawaaaanyaaaa...", "Comelnyaaaaa...", "Sedapnyaaaaa cokelat tuuuuuu...." dan macam-maam lagilah dialog yang terpacul keluar dari mulut para tetamu. Namun kecantikan barang hantaran tidak dapat menandingi ketampanan pengantin lelaki dan keayuan pengantin perempuan yang kelihatan berseri-seri bagaikan bunga matahari. Bertambah berseri dengan senyuman manis yang dikuntumkan oleh kedua-dua mempelai.

Orang-orang kuat Rusydi.
Bersama ayah mentua.
Ibu mentuaku.
"Sayang tunduk dulu, sementara abang baca whatsapp ni".
Doa selepas nikah.
Sejurus itu, kedua-dua Rusydi dan Ika dijemput untuk duduk bersanding di atas pelamin putih berhias bunga, dengan lampu lip-lap yang bergemerlapan. Tanpa membuang masa, Rusydi lantas meletakkan tapak tangan kanannya ke atas kepala Ika sambil membaca doa. Aku tak pasti doa apa yang dibacakan. Mungkin doa makan kot. Sebab masa tu kebetulan Rusydi tengah lapar.

Acara selanjutnya adalah bersalam-salaman, bermaaf-maafan, sambil mengucapkan Selamat Hari Raya. Ika mengucup tangan suaminya yang tampan dan hensem. Agak lama jugak tangan Rusydi dikucup, sebab sebelum bersalaman tadi, Rusydi sempat jugak letak minyak wangi perasa cokelat. Kebetulan Ika jugak tengah lapar ketika itu. Bila terbau haruman cokelat, terus kenyang jadinya.

Tiba-tiba ada wartawan Melodi TV3 datang nak interview.
Mata bertentang mata. Masing-masing terpaku.
Okay. Dah tak terpaku dah.
"Eh, haluslah kulit tangan abang ni".
"Bau pun sedap".
"Nak bau lama-lama sikitlah".
"Tak puas lagilah. Nak sambung bau lagi".
Ika dan Syakirah.
Acara selanjutnya adalah memakaikan rantai dan cincin ke tangan pengantin. Bermula dengan seutas rantai tangan emas dipasangkan Rusydi ke tangan Ika. Pemberian mas kahwin atau mahar. Dan akhir sekali Ika menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Rusydi. Dan mereka terus duduk di atas pelamin dengan berasa heppi.

Bersambung...

Memakaikan rantai emas pada tangan.
Sambil terketar-ketar.
Okay. Dah siap pakai.
Menyerahkan mahar.
Mahar buat Ika.
Berbincang soal kekeluargaan.
Menyarungkan cincin ke jari manis Rusydi.
"Cantik cincin ni", kata Rusydi.
Berdua di atas pelamin.
Sama cantik dan sepadan.

No comments:

Post a Comment