m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, November 10, 2016

Rusydi + Atika: Ragam pelamin dan tarian Arab

Bahagian 9

Setelah puas kedua-dua pengantin direnjis dan ditepung tawar, kini kembali ke sessi photo shoot oleh juru foto bertauliah dari pelbagai agensi dan media massa untuk dipaparkan ke dalam majalah dan akhbar-akhbar arus perdana. Ahli keluarga Rusydi mengambil kesempatan ini untuk bergambar bersama pengantin secara formal sebagai kenang-kenangan. Gambar ini akan turut dipaparkan ke dalam sebuah blog terkemuka di seluruh dunia - "adisarah berkisah". Dan akan disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia, malah masyarakat makhluk asing jugak dari planet Marikh, Musytari dan Uranus.

Tiba-tiba Spiderman junior datang untuk menyelamatkan dunia.
Bersama keluarga terdekat pihak Rusydi.
Kali ni bagi senyuman yang lebih sedikit.
Bersama keluarga besar pihak Rusydi.
Gambar yang sama. Senyuman berbeza.
Free style dalam keadaan was-was.
Okay. Sessi bergambar dah selesai.
Tetiba seorang Arab Al Yamani nak ber-selfie dengan pengantin.
Tetapi Rusydi tak puas hati. Dia nak cucuk mata Arab Al Yamani menggunakan dua batang jarinya.
Pengarah fotografi di kalangan makcik-makcik telah memberi arahan-arahan tertentu untuk pengantin bergaya di atas pelamin sebelum gambar mereka diambil secara bertali arus. Macam-macam gaya ada. Dan juru gambar dari Yaman jugak nampak gayanya tak nak ketinggalan lantas mengambil gambar kedua-dua pengantin dengan pelbagai posing yang unik. Dan tetamu dari Yaman ini jugak turut berdiri di sebelah pengantin untuk gambar mereka diambil pula.

Bersama ibu dan ayah Rusydi.
Bersama ibu mentua dan ayah mentua Ika.
Masih menghargai ayahanda dan bonda.
Bagi peluang ibu dan ayah duduk pulak.
Rusydi dan Ika nak selfie pulak.
Tapi Arab-arab Al Yamani nak enter frame.
Sekarang baru dapat selfie.
Masih ada jugak lagi Arab Al Yamani Al Paparazzi yang nak menyibuk.
Ibu dan adikku nak berangkat pulang.
Dalam sekelip mata, tiba-tiba Ika masuk ke ruang dalam. Tampil semula ke hadapan dengan pakaian yang baru. Dengan pakaian yang berbeza. Ala-ala filem Hindustan. Ala-ala Superman tukar baju kat pondok telefon. Kali ni Ika berbaju warna cokelat muda. Sambil tersenyum-senyum, dan kadangkala bagaikan resah, Ika menanti kemunculan Rusydi dengan penampilan yang mungkin jugak berbeza. Mungkin lebih hensem, lebih segak dan lebih macho. Penantian inilah yang menggusarkan Ika.

Ika dan Hana.
Little Hana happy berada bersama the bride.
Little Spiderman Haikal pun nak join the crowd.
Ika menanti kehadiran Rusydi dalam keadaan resah gelisah.
"Oh, di manakah putera hatiku?"
Para tetamu pun turut letih menanti ketibaan pengantin lelaki.
Kak Ita dan Kak Piah.
Keluarga Rusydi.
Punyalah lama menanti Rusydi sampaikan gambar pun dah jadi hitam putih.
Sementara Ika menanti sang suaminya tiba, tetiba dua orang Pak Arab Al Yamani terus ke gelanggang tari. Mengambil ruang utama, memonopoli pentas, berlatar belakangkan muzik padang pasir Sahara, mereka terus mengatur langkah, dan menari. Tarian Al Arabia Al Yamani dipersembahkan dengan ligat dan bersahaja. Bagai tarian ngajat lagaknya. Dan jauh sekali dari rentak tarian zapin mahupun inang. Tetapi ada kalanya bagai shuffle. Para tetamu memberikan sokongan padu terhadap persembahan ini. Dan akhirnya bagaikan mengajak salah seorang dari ahli keluarga Rusydi untuk turut serta dalam tarian ini. Ruang pengantin jadi meriah. Hingar dengan hiruk pikuk rentak padang pasir Al Arabia. Sehinggalah alunan muzik tamat. Dan Rusydi kembali menampakkan diri untuk kembali bersanding bersama sang isteri.

Bersambung...

Melihatkan Rusydi tak jugak sampai-sampai, dua orang Pak Arab Al Yamani mengambil tempat di centre stage.
Dan bermulalah joget lambak versi Arab.
If you can't go against them, you join them.
Keluarga Rusydi turut berganding dengan Arab Al Yamani.
Silat Melayu versus silat Arab.

No comments:

Post a Comment