m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 3, 2017

4 Syawal 2016 - Di rumah Makcik Mini: Mohon maaf dan jom balik

Bahagian 2 (Akhir)

Setelah kami puas makan-makan di rumah Makcik Mini, kami pun buatlah acara bebas. Acara bebas yang kami lakukan termasuklah membebaskan merpati dari sangkar, berenang di parit gaya bebas, pergi berjuang membebaskan Palestin, dan macam-macam bebas lagi. Nak cerita pun payah. Nengok ajelah gambar-gambar ni.

Wartawan bebas sedang mencari ilham untuk berkarya.
Sabriena sedang berbaring bebas di atas sofa sambil minum susu.
Hisham meluahkan rasa terharunya terhadap pencapaian Mohd Faiz Subri yang tercalon menerima anugerah FIFA Puskas Award 2016.
Tiba-tiba Amier mendapat ilham untuk menulis mengenai sejarah keturunan Toiman.
Sabriena berasa sangat kelakar kerana ada orang buat lawak super mega.
Dua adik-beradik dalam sessi aktiviti bebas mereka.
Amier mendapat ilham untuk menulis sisi kelakar tentang keluarga Toiman. Sabriena turut merasai kelucuannya.
Bergambar saudara-mara.
Gandingan nenek, makcik, sepupu ipar, dan biras.
Masih lagi gandingan yang sama.
Makcik Mini (duduk kiri) bergambar dengan ibuku.
Masih lagi dengan kombinasi yang sama.
Wanie, Yana dan Shieldtox.
Korum semakin penuh.
Gambar macam ni boleh diambil masa hari raya aje.
Sebagai seorang mantan Guru Besar, Makcik Mini sedang mengajar cucu saudaranya tentang kewartawanan.
Terserlah dedikasi seorang guru.
Adikku memohon ampun dari Makcik Mini.
Sebelum bersurai, kami bergambar beramai-ramai, bersalam-salaman, bermaaf-maafan di Hari Raya yang mulia. Terima kasih kepada keluarga Makcik Mini kerana telah melayan kami dengan sangat baik dan luar biasa sekali. Selamat hari raya dan semoga kita dapat berkumpul ramai-ramai macam ni lagi pada masa-masa yang akan datang.

TAMMAT.

Kami ke Masjid Kg Assam Jawa untuk solat zuhur.
Masjid ini telah diberi wajah baru.
Di bahagian pagar hadapan masjid.
Menapak pulang ke rumah Makcik Mini.
Berjalan bersama di sebelah jalan besar yang sibuk.
Pandu cermat jiwa selamat.
Rumah Makcik Mini dari jauh.
Perhatikan sebegitu banyak kereta yang berkunjung ke rumah Makcik Mini.
Selepas ini kami akan bersurai.

No comments:

Post a Comment