m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 17, 2017

Kenduri-kendara rumah Abang Anjang: Persidangan meja bulat

Bahagian 3

Setelah seluruh tetamu yang hadir menyempurnakan hajat tembolok masing-masing dengan juadah enak masakan kampung, ramai yang telah memohon diri untuk berangkat pulang. Ahli keluarga, sepupu-sepapat kepada Abang Anjang meluangkan sedikit masa duduk berkumpul di meja bulat. Bagaikan bersidang. Berkisah tentang masa silam. Ketika mereka lebih rapat dan mesra. Diiringi gelak ketawa. Dan sesekali terselit juga kisah-kisah sayu apabila Allahyarham Ayah Atan dan Allahyarhamah Mak disebut-sebut nama mereka.

Mendukung anak dan cucu tersayang.
Pian dan Abang Zai.
Giliran Opah pulak yang memangku cucu.
Faridz dan Koas di satu sudut rumah.
Persidangan meja bulat. Suasana seperti ini tak ternilai harganya.
Berkumpul ahli keluarga dan saudara-mara.
Setelah tetamu semakin berkurang, anak-anak Abang Anjang-Mai dan Ani mengeluarkan kek hari jadi untuk meraikan hari lahir Abang Anjang yang kebetulan jatuh pada tarikh hari itu. Sejurus terlihat kek dengan tulisan Happy Birthday, Abang Anjang menjadi sebak. Kami beramai-ramai menyanyikan lagu hari jadi buat Abang Anjang. Kek dipotong. Dan kami bergambar beramai-ramai. Setelah itu barulah kek diagih-agihkan kepada yang masih ada di situ. 

Abang Anjang sangat-sangat terharu dengan sambutan majlis ringkas itu yang sangat bermakna. Dan persidangan meja bulat pada siang hari itu sangat-sangat merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan di antara kami. 

Bersambung...

Abang Anjang dan kek hari jadi.
Terusik hati Abang Anjang sejurus melihat kek ini.
Masih di meja bulat.
Bersama-sama menyanyikan lagu hari jadi untuk Abang Anjang.
Membuka kotak kek red velvet ini.
Mempersilakan tetamu menjamahnya.
Mai menyediakan kek untuk ayahanda tercinta.
Abang Anjang merasa kek yang terhidang.

No comments:

Post a Comment