m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 18, 2017

Koas + Anis: Gambar untuk majalah sekolah

Bahagian 8

Bagaikan murid-murid sekolah rendah, kami telah diarahkan untuk berbaris tertib di hadapan meja hidang untuk sessi bergambar. Tanpa banyak soal dan tidak membantah, kami berbarislah dengan penuh disiplin.  "Yang rendah kat depan. Yang tinggi kat belakang. Muka semua kena senyum. Berdiri kena tegak. Yang laki-laki kena sikat rambut. Yang perempuan, tudung kena kemas." Begitulah kata Guru Besar sambil memegang rotan panjang lagi tebal. Dan kami akur.

Keluarga kami pulak bergambar dengan pengantin.
Kak Timah tumpang sekaki.
Tak ada sorang pun tegur aku pakai songkok senget. Redha ajelah... huhuhu.
Ada orang caterer nak enter frame. Tapi malu nak tunjuk muka.
Pengantin bersama keluarga Zuan dan Sri.
Haikal dan Hana pun ada sama.
Masih lagi dengan Zuan dan Sri.
Okay, Haikal dan Hana dah nak bersurai.
Bersama keluarga besar Koas.
Adik-beradik dan ipar-duai.
Dengan gaya separuh bebas.
Ahli keluarga tumpang gembira dengan kegembiraan Koas.
Tiba-tiba Yaya (kanan sekali) terkedu dan terpinga-pinga. Tak tau apa sebabnya.
Masih dengan keluarga besar Koas.
Imran dan Iskandar tak ada dalam gambar ni.
Koas dan Anis nampak agak keletihan, pasal mereka belum lagi makan tengah hari, sedangkan kami sudah. Tapi kehendak peminat untuk bergambar dengan pengantin terpaksalah dilayan. Kalau tak, nanti peminat lari. Penat tak penat, letih tak letih, Koas dan Anis terpaksalah jugak memenuhi permintaan peminat. Malah ada juga peminat yang mintak autograf dan macam-macamlah lagi ragamnya. Bersabar ajelah. Itulah adat lumrahnya bila orang dah popular!

Bersambung...

Bergambar dengan Ika dan Rusydi pula.
Koas si raja sehari.
Adik-adik Koas - Syura dan Yaya.
Bersama Kois, Eida dan Little Harith.
Bergambar dengan Angah dan adik iparnya.
Sebahagian adik-adik Koas.
Wefie adik beradik.
Syura jadi camera person.
Masih lagi wefie dengan adik-beradik.
Amin take over jadi cameraman pulak.
Ceria sungguh semua orang.

No comments:

Post a Comment