m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 1, 2017

Hidayah Dewa Kencana: Pementasan baru

Bahagian 1

15 Mac 2017 - Mari-mari tuan-tuan, puan-puan, adik kakak abang, ibu bapak dan semua yang ada di sini. Grup teater Hidayah akan membuka tirai bangsawan sekali lagi pada tahun ini. Judul persembahan bangsawan kali ini ialah Dewa Kencana. Kalau tak silap aku pernah dipentaskan pada tahun 2011 dulu. Tapi kali ini telah diberi sedikit nafas baru oleh pengarahnya, Abang Kamarul AR. Kerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sempena Semarak Bangsawan di Auditorium DBKL. Tarikhnya adalah pada 15, 16 dan 17 September 2017. Ingat dan catit tarikh ini dalam diari dan handphone. Persembahan gilang-gemilang yang memaparkan kesenian dan kebudayaan Melayu terulung. Terlajak Bangsawan!

Poster Bangsawan Dewa Kencana.
Ricky a.k.a. Badang dalam grup teater ini.
Abang Kamarul AR memberikan sedikit taklimat mengenai Bangsawan Dewa Kencana.
Turut memberikan suntikan semangat agar kesemua ahli bekerjasama sepenuhnya untuk menjayakan pementasan ini.
Pak Malit dan Dean Sitara mendengar ucapan Abang Kamarul AR.
Along Yusry dan Azlansham duduk di barisan hadapan.
Pada tarikh ini, ada majlis penyerahan skrip kepada para pelakon dan krew yang terlibat. Jemputan telah dibuat lebih awal melalui whatsapp group. Dijangka bermula kira-kira setelah solat maghrib. Jadi aku telah cuba habiskan kerja aku lebih awal dan terus ke ofis isteri untuk menjemputnya. Kalau dapat datang awal, dapatlah balik awal, fikirku. Lagi pun malam ni aku ada game badminton bersama geng badminton kami. Tetapi bila sampai ofis wife aku, aku nengok wife aku masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Alamak! Lambatlah kami ke perjumpaan Hidayah tu nanti. Aku tetap menunggu. Malah terdetik jugak dalam fikiranku - kalau dah lewat sangat tak payah pergilah. Tetapi isteri aku mempunyai pendapatnya sendiri. Kami menghubungi Along Yusry, orang kuat Hidayah. Yusry kata kedatangan pada masa tu kurang sambutan. Jadi memikirkan kami perlu memberikan sepenuh sokongan terhadap aktiviti Hidayah ini, maka kami pun terus bergerak meluru ke Kota Damansara untuk menghadiri majlis penyerahan skrip ini.

Isteriku bersama Yati Khalid.
Ucapan Abang Kamarul AR masih belum habis lagi.
Pengacara majlis, Nazri mendengar dengan senyuman.
Abang Mubarak Majid di samping Abang Rosli Rahman.
Anisa turut mendengar dengan khusyuk.
Yun di samping temannya (nama lupalah bro).
Kami sampai kira-kira jam 10 malam. Masa tu dah ada ramai jugak ahli Hidayah dan para pelakon yang hadir. Kebanyakan mereka telah pun makan malam dengan makanan yang disajikan. Perjumpaan diadakan di restoran milik Abang Kamarul AR - FDK Famili De Kota. Aku terus duduk mengambil tempat di sebelah belakang. Capai kameraku, dan ambil gambar hadirin dan hadirat sebelum mencapai makanan. Memang aku tengah sangat lapar pada masa tu. Sementara Abang Kamarul AR berucap, aku makan-makanlah dulu. Bagi settle permintaan perut buncitku.

Majlis pada malam itu diacarakan oleh Nazri. Orang-orang kuat grup Hidayah berbaju merah saga. Yang tak berapa kuat (sebab tak cukup vitamin) pakai baju warna campur-campur macam rojak. Aku pun salah seorang yang memakai baju warna campur-campur. Rupanya majlis baru saja dimulakan. Sebab nak tunggu korum penuh sikit. Makna kata, kami taklah lambat sangat. Kira sedang-sedang eloklah time kami sampai. Dan ucapan Abang Kamarul AR, macam biasa - panjang dan penuh bersemangat. Dan kami mendengar dengan penuh fokus dan tumpuan.

Bersambung...

Abang Lan Zailan dan Abang Hj Dollah.
Zack Kool dan Rosman Md Noor.
Marup Mustapha turut hadir.
Orang kanan Abang Kamarul AR - Yusry sedang menjalankan tugas.
Ucapan Abang Kamarul AR masih berterusan.
Ucapan dah nak habis.
Nazri sedang bersedia untuk take over mikrofon.
Pak Malit menunjukkan skrip bangsawan Dewa Kencana yang bakal diagih-agihkan.
Okay. Nazri dah pun take over mikrofon dari Abang Kamarul AR. Acara selanjutnya akan dimulakan sebentar lagi.

No comments:

Post a Comment