m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 29, 2017

Pernikahan Abby dan Za: Eh! Batal air sembahyangku!

Bahagian 6

Akhirnya Abby dan Za telah pun selamat diijab qabulkan. Kini sahlah mereka sebagai pasangan suami dan isteri. Doa juga telah dibaca dan diaminkan. Teks-teks yang perlu dibaca dan dilafaz, juga telah dilaksanakan. Seterusnya, pengantin, juru nikah, saksi dan wali, kesemuanya perlu menandatangani borang-borang pelbagai bagi pengesahan pendaftaran ke Jabatan Agama Islam nanti. Para hadirin dan hadirat tidak berbuat apa-apa melainkan menunggu sehingga kesemua urusan ini selesai, sebelum boleh kami bersalaman dan bergambar dengan pengantin.

Akad nikah telah pun selesai dilaksanakan.
Safiyah turut meraikan abang sepupunya.
Isteriku bersama ibu pengantin lelaki.
Nana kelihatan agak sugul. Seorang lagi abangnya telah dimiliki orang. Namun Nana tetap bahagia dengan kebahagiaan abangnya itu.
Melaporkan berita terkini mengenai harga minyak petrol RON 95 dan RON 97.
Faiisal dah tak perlu menggosok belakang Abby. Tetapi kini memerlukan seseorang untuk menggosok-gosok belakangnya.
Seperti selalu, selepas akad nikah, kontrak rakaman suara akan disertakan bagi ditandatangani oleh pengantin.
Banyak pulak syarikat rakaman yang ingin menjadikan Abby artis rakaman mereka.
Abby tak akan menerima tawaran artis rakaman itu sekiranya Za tidak menjadi pasangan duet nya.
Nampak gayanya Za juga terpaksa mengikut jejak langkah Abby.
Allahyarham Tuan Nasir menandatangani borang sebagai wali.
Masih menandatangani borang yang agak banyak.
Dan terus menandatangan.
Tok Kadi pun kena sain kontrak jugak.
Begitu jugak dengan Tuan Haji  saksi.
Tok Kadi sedang bercerita mengenai pengalaman zaman pemerintahan Jepun.
Sabriena melayan i-phone.
Abang Zai masih lagi di sisi Abang Zahid.
Sesudah hal-hal yang bersangkutan dengan borang dibereskan, barulah Abby berpeluang menatap wajah isterinya secara lebih dekat. Tadi menatap wajah Tok Kadi lama-lama sampai habis karan. Bila menatap wajah isteri yang tercinta, barulah berputik balik, memekar kembali perasaan yang berbunga-bunga bagai pertama kali berkenalan dan jatuh cinta. 

Abby lantas mengambil mas kahwin yang berhias cantik di atas dulang, dan menyerahkannya kepada Za sambil berkata, "Inilah pemberian Kekanda buat Adinda yang dicintai". Za menerima dengan tangan terbuka. (Mestilah tangan terbuka, kalau tangan tertutup, jatuh gedebuklah dulang mas kahwin tu. Kaaaannn?) 

Masa tu kedua-dua mereka ada air sembahyang. Kini tibalah saat untuk upacara membatalkan air sembahyang. Abby berbisik kepada Za, "Mula-mula saya kentut dulu. Lepas tu Sayang pulaklah yang kentut okay? Kalau dua-dua dah kentut, kira batallah air sembahyang kita, kan?" Za terkejut mendengar cadangan dari suaminya itu. Za membalas, "Kalau kentut busuk macam mana? Habis semua orang lari dari masjid ni. Lebih baik kita batalkan air sembahyang cara lain aje. Macam pakaikan gelang tangan ke? Boleh?" "Eh! Ya tak ya jugak! Betul jugak cakap Sayang tu. Meh, saya pakaikan gelang kat tangan Sayang".  Abby lantas mencapai rantai tangan yang tersimpan di dalam cepu, dan memasangkannya ke pergelangan tangan Za. Masa pakaikan gelang tu, 'ter'-sentuhlah kulit tangan Abby dan Za. Maka konfem lah batal air sembahyang kedua-dua pasangan itu (mengikut Mahzab Shafi'e). Acara selanjutnya lebih santai dan tidak formal.

Bersambung...

Abby menyerahkan mas kahwin kepada Za.
Za menerima dengan baik.
Memberi dan menerima.
Kak Uda bersama menantu barunya.
Mengambil kesempatan bergambar dengan pengantin perempuan.
Abby ada surprise untuk Za.
Seutas rantai tangan dipasangkan ke pergelangan tangan Za.
Za buat-buat terkejut, "Eh! Tak sangka!"
Masih memasangkan rantai tangan.
Menghiasi tangan Za.
Ahli keluarga pihak Abby menyaksikan dari jauh.

No comments:

Post a Comment