m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 15, 2017

Pernikahan Abby dan Za: Mohlah kita ke Kuantan!

Bahagian 1

Mohon para pembaca yang budiman membacakan surah Al Fatihah dan dihadiahkan kepada Allahyarham Tuan Mohd Nasir Bin Tuan Kechik, ayahanda kepada Zaleha yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat 24 Februari 2017 lepas. Mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh, para syuhada, mukhlisin dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah sentiasa. Al Fatihah.

 * * * * * * * * * * * * * *

Baby Husna di samping Makcik Syura.
29 Julai 2016 - Seorang demi seorang anak buah kami naik pelamin. Berkahwin. Baik lelaki, mahupun perempuan. Umur mereka semakin meningkat. Keinginan untuk berumahtangga mestilah ada. Dan usia kami juga semakin menua. Meninggalkan kenangan ketika anak-anak buah masih hingusan, dan kami belai, dukung dan ajak berjalan beramai-ramai. Kini tibalah giliran Abby Solehin. Anak buah kami yang paling hebat di gelanggang badminton. Smash yang padu dan kencang bagaikan F1. Kini Abby bakal bergelar suami. Apakah akan berkurang lagi ahli kelab badminton kami?

Faiisal gembira kerana sepupunya, Abby akan berkahwin.
Fai memastikan bekalan makanan mencukupi supaya dia bertenaga meraikan perkahwinan adik iparnya, Abby.
Faiisal masih berasa gembira walaupun yang akan berkahwin itu adalah sepupunya, Abby.
Syauqi mempamerkan hantaran yang akan diberikan kepada bakal adik iparnya, Za.
Falique bersama ayahnya turut meraikan perkahwinan pakciknya, Abby.
Abang Man bersiap-siap sebelum bertolak ke masjid tempat Abby dan Za akan bernikah nanti.
Abby, Faiisal, Baby Falique dan Fai di hadapan homestay tempat mereka tinggal.
Masih di depan pintu pagar homestay.
Abang Zai dan Suraya bersiap-siap untuk bertolak ke masjid.
Pagi-pagi lagi kami telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Sesudah solat subuh. Meredah Karak dan Bentong dalam dingin pagi. Di lebuhraya, kabus bergumpal tebal. Jarak penglihatan kami sangat terhad. Macam kat overseas. Macam cerita seram pun ada jugak. Di luar kereta, udara sangat sejuk macam negara omputeh. Tapi suasana macam ni lah yang syok. Berlainan dari pengalaman bermusafir yang pernah aku lalui sebelum ini. Memandu pada awal pagi ketika mata sedang segar, memang jauh lebih menyeronokkan dari memandu pada tengah hari yang terik, atau pada malam yang kelam.

Sabriena dan Amier di samping abang sepupu mereka, Syafiq.
Amier dah tak sabar-sabar nak bertolak ke masjid.
Di Kuantan, kami terus berkumpul di homestay yang didiami oleh keluarga Abang Zahid dan Kak Uda. Dari situ kami bertolak ke masjid yang berhampiran, lokasi pernikahan Abby dan Za sebentar lagi. Kami semua berasa sangat teruja. Abby pulak bagai gemuruh. Gemuruh yang berbaur dengan keterujaan.

Kami berkumpul di masjid. Menanti ketibaan rombongan pengantin perempuan. Ramai jugak pihak keluarga yang hadir ke Kuantan untuk meraikan Abby dan Za. Kami mengharapkan yang baik-baik saja untuk kedua bakal pengantin ini. Detik Abby menjadi suami semakin menghampir. Saat Za mejadi isteri semakin mendekat. Dan kami sangat tidak sabar menantikan ketika itu tiba.

Bersambung...

Masjid tempat Abby dan Za akan dinikahkan. Lokasi sebenarnya aku dah tak ingat.
Nana tumpang gembira pada hari abangnya akan dinikahkan.
Berehat sebentar di bawah pokok di pekarangan masjid.
Kami baru sampai di masjid.
Sabriena happy meraikan hari bersejarah abang sepupunya.
Koas membawa tepak sirih sebagai makanan tengah hari nanti.
Tiga orang biras - Abang Man, Abang Zai dan Abang Zahid.
Semua baru sampai masjid.
Bergambar dulu sebelum masuk ke dalam masjid.
Sebahagian dari rombongan pengantin lelaki.
Aku rasa ada dekat sepuluh kereta kot yang datang ke Kuantan?
Koas teruja dapat bawak barang hantaran.
Sebahagian dari ahli keluarga yang datang.
Amier tumpang naik lori untuk ke Kuantan.
Sepanjang perjalanan dari KL ke Kuantan, Amier bergayut macam ni kat lori.
'

No comments:

Post a Comment