m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 17, 2017

Pernikahan Abby dan Za: Pengantin semakin bersedia

Bahagian 3

Kami dah lama berada di masjid. Menanti ketibaan rombongan pengantin perempuan. Turut menanti ketibaan juru nikah. Setelah seketika meluangkan masa di masjid, juru nikah serta disusuli rombongan pengantin perempuan pun tiba. Kami semakin teruja. Abby semakin berdebar-debar. Faiisal semakin menguntum senyumannya. Kami bersalaman dengan rombongan yang baru hadir. Bertegur sapa dengan juru nikah yang kelihatannya agak uzur namun tetap mempamerkan keceriaan pada wajahnya.

Faiisal tetap memaparkan wajah cerianya di sepanjang waktu menanti.
Teman akrab, Nad dan Elin.
Nana, Nicha, Nad dan Elin.
Kak Uda sedang mengambil gambar Abby yang tengah nervous.
Abang Zahid di samping juru nikah.
Abang Zai berkenalan dengan tuan haji yang turut menguruskan pernikahan ini.
Syauqi sedang upload suasana di masjid dalam FB.
Juru nikah kelihatan heppi.
Tiba-tiba 'arnab' dalam songkok Faiisal nak keluar. Faiisal terpaksa pegang erat songkoknya.
Nana dan Nicha masih bersama Nad.
Barisan orang-orang penting dalam majlis ini.
Faiisal bersama Wawan dan Syafiq.
Setelah memeriksa dokumen pengenalan diri Abby dan Zaleha, juru nikah memulakan khutbah nikah dalam loghat Pahang. Bicaranya santai-santai sahaja namun penuh dengan nasihat. Bukan saja buat pengantin, tetapi juga buat pasangan suami isteri yang telah lama berumah tangga. Abby mendengar dengan khusyuk. Kepalanya ditundukkan di sepanjang khutbah. Mendengar dengan tekun, dan mendalami maksudnya. Sedang bersiap sedia untuk memikul satu tanggungjawab yang sangat besar sebagai seorang suami. Faiisal yang duduk di sebelah Abby, mengurut-urut belakang Abby agar pengantin lebih tenang.

Allahyarham Tuan Mohd Nasir - ayah kepada Za duduk hampir dengan juru nikah.
Juru nikah memeriksa dengan teliti dokumen pengenalan diri Abby.
Macam ada sesuatu yang tak kena. Juru nikah mengambil masa hampir tiga jam untuk memastikan segalanya tulen.
Sekarang bukan saha Abby, tapi Faiisal pun dah turut terasa bahang gemuruhnya.
Juru nikah ingin memulakan khutbah nikah.
Za yang duduk lebih jauh dari juru nikah turut memberikan perhatian terhadap bicara juru nikah. Namun Za kelihatan lebih tenang. Menjadi isteri juga ada tanggungjawabnya sendiri yang perlu digalas. Kedua-dua pengantin, Abby dan Za sedang menyediakan diri sebelum akad nikah. Masih mencuba mengambil mood. Ambil feel. Ambil aura suasana berkahwin. Nampaknya kedua-dua pengantin semakin bersedia. Dan juru nikah pun sudah hampir selesai membacakan khutbah nikah. Saat dinanti semakin menghampir. Referee akan meniupkan wisel pada bila-bila masa saja lagi. Dan bila ini terjadi, Abby akan dinikahkan dengan Za.

Bersambung...

Za kelihatan tenang menanti waktu ijab qabul.
Arnab kat songkok Faiisal nak keluar lagi.
Abby tekun mendengar khutbah yang dibacakan.
Faiisal menggosok-gosok belakang Abby.
Juru nikah yang melihat Abby agak tegang, cuba berjenaka dengan Abby.
Allahyarham Tuan Mohd Nasir turut gembira meraikan Za.
Terpancar kegembiraan di wajah Za.
Kembali bertafakur.
Mak pengantin dan Mak Usu pengantin sedang membuat ulasan selari. Sri pulak sebagai camera woman.
Faiisal mulai faham, apa itu gementar dan gemuruh pada saat hendak akad nikah.

No comments:

Post a Comment