m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 11, 2017

Tennis International - Banzai!

9 April 2017 - Dah lebih sebulan aku tak menjejakkan kaki kat court tenis. Kadang-kadang terketar jugak lutut aku, gatal jugak tangan aku nak melibas reket tenis yang dah lama tersimpan dalam beg. Masa Club TTC ada booking court, aku tak dapat turun pasal ada anak saudara kahwin, atau ada urusan-urusan lain yang perlu aku kendalikan. Masa aku free, court pulak tak dapat ditempah, sama ada sistem down atau court ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf.

Maka pada tarikh ini, aku memang betul-betul nekad untuk turun ke gelanggang Titiwangsa untuk bermain tenis. Kalau boleh, nak main sampai tiga atau empat set. Main sampai tengah hari. Sampai matahari menegak atas kepala. Tetapi pagi tu, aku dah janji dengan mak aku nak pergi pasar borong Selayang untuk beli ikan buat bekalan satu bulan. Maka aku selesaikan urusan itu dulu. Lepas subuh, terus aje aku berbelanja di situ.

Balik ke rumah, aku keluarkan segala ikan yang aku beli, terus capai beg dan kasut tenis, lantas bergegas ke Titiwangsa. Masa aku sampai, Afat, Akemal, Pok Amin dan Azril tengah berentap hebat. Aku nengok mereka main seketika bagi mendapatkan feel. Kemudian Napie pun datang. Aku stroking dengan Napie dulu bagi panas badan, dan panas hati jugak. Lepas tu main single kejap dengan Napie. Main 4 game aje pasal tak larat. Lepas tu baru main double dengan Napie, Azril dan Haxa. Baru satu set, dah pancit. Maklumlah, dah lama tak turun gelanggang.

Sedang berentap di antara dua negara. Macam bagus aje.
Setelah beberapa ketika, players mula beredar seorang demi seorang. Kat Court A cuma ada aku, Napie dan Haxa aje. Nak main single tak larat. Nak main double tak cukup korum. Tiba-tiba Haxa dapat satu idea - "Apa kata kita ajak orang court sebelah untuk berentap dengan kita".  Haxa terus approach players sebelah. Mereka macam keberatan. Siap berdiskusi sesama mereka. Kemudian Napie dan aku menyusul. Kami berkenalan dengan mereka. Dari jauh aku ingatkan mereka ni local Chinese. Rupanya mereka dari Jepun. Nasib baik bukan Korea Utara. Kalau tak, sudah tentu aku terlebih semangat nak main. Kami cuba yakinkan mereka. Game ni hanya friendly saja. Tak melibatkan sampai ke tahap kena jual negara. Atau tak perlu buat 'harakiri' (bunuh diri) kalau kalah. Akhirnya mereka setuju, walaupun dalam keterpaksaan.

Masa menengokkan mereka stroking berdua, aku rasa permainan mereka lagi bagus dan konsisten dari kami. Tak kisahlah tu. Yang peting kami dapat main satu lagi set. Cukup korum. Jadi aku main memang tak ada pressure langsung. Aku partner dengan Napie. Haxa jadi penganalisis sukan. Bila kami mula berlawan, kedua-dua pihak main teruk. Tak payah hit winner, mata percuma diberikan oleh aku dan Napie kepada mereka, dan mereka pulak bagi mata percuma kepada kami. Nasib baik jugak Napie rajin berlari kejar bola. Nak harapkan aku - hampeh. Tak terdaya. Dipendekkan cerita, kami menang 6-4.

Tetapi sebenarnya ada cerita di sebalik kemenangan ini. Sebelum permainan dimulakan, aku dah slow talk dengan mamat Jepun dua orang tu. "You better let my partner and me win the game. Or else..... I will wait you at the Simpang! Banzai!!!" Apa lagi. Kecut perutlah mamat berdua tu. Dan sepanjang permainan, aku kerap membisikkan kepada mereka kata-kata 'banzai' dan 'kamekazi'. Ini menambahkan lagi gementar dalam diri pemain dari Jepun itu. Apa-apa pun, aku puas main pada hari tu. Minggu depan terpaksa cuti lagi pasal ada hal. Vamos TTC!!!

Dari kiri: Haxa, Napie, Riyo (Canon-Japan), aku dan Satoshi (Canon-Japan).


No comments:

Post a Comment