m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, June 7, 2017

4 Syawal 2016: Terima teman lama bertandang

9 Julai 2016 - Setengah hari kami beraya di Kuala Selangor. Kami pulang petang. Agak letih dan penat. Tapi kami masih belum boleh berehat lagi. Perlu memikirkan apakah menu pada kali ini untuk menerima tetamu yang bakal datang pada malam hari nanti. Teman lama isteriku. Datang dari jauh. Dari Raub, Pahang. Fikir punya fikir, last-last isteriku mencadangkan untuk menjamu mereka makan steamboat aje. Tanpa banyak berfikir, aku pun setuju. Dan tanpa membuang masa, aku terus keluar mencari bahan-bahan untuk juadah malam nanti.

Aku sempat ke jeti nelayan di Bagan Lalang, ke TLDM-Lumut, dan ke Taman Rekreasi Tasik Titiwangsa, semata-mata pergi untuk mencari bot yang sesuai untuk kegunaan malam nanti. Akhirnya aku berjaya membawa pulang lima buah bot pukat tunda, tiga buah bot pesiaran yang dihias cantik, dan sebuah bot peronda yang lengkap dengan peralatan perang yang diperolehi dari TLDM. Aku bawak kesemuanya balik ke rumah. Sampai kat rumah, isteri aku kata, nak buat apa bot banyak-banyak ni? Isteri aku terpaksa explain kat aku pasal makanan steamboat ni. Oooohhhhh.. Barulah aku faham dan tauuuu... Lalu aku keluar rumah lagi. Dan kali ini aku ke pasaraya bagi mendapatkan makanan yang sesuai dengan menu.

Beramai-ramai menjamu selera di meja bulat.
Muhammad menunjukkan skill memasaknya.
Syahmie turut menjamu selera.
Anak Ienah sedang meng-gril lauk-pauk.
Chef ibu dan anak.
Seronok rewang macam ni.
Tiga orang chef tersohor seantero dunia.
Kawan kami datang kira-kira setelah maghrib. Namanya Ienah. Dia datang satu famili. Asalnya Ienah tu kawan wife aku. Tapi sekarang mereka dah jadi family friends - dari mak bapak sampailah ke anak-anak. Lalu kami pun hidangkanlah kepada mereka juadah steamboat yang telah aku uar-uarkan tadi. Tapi dapur steamboat tu jugak boleh buat grille. Jadi terserah kepada penggunalah sama ada nak makan yang rebus-rebus atau yang bakar-bakar. Mereka kelihatannya sangat enjoy makan makanan yang kami hidangkan, walau pun terpaksa menanti agak lama sebelum boleh makan.

Sesudah makan, duduk kat ruang tamu pulak.
Muhammad puas hati bila perutnya kenyang.
Ienah jamah kuih pulak.
Muhammad terlalu kenyang. Kuih sebutir pun dah tak boleh nak masuk.
Kawan baik melihat foto-foto lama dalam handphone.
Bersama Muhammad.
Lepas dah selesai makan, kami pun borak-boraklah. Dan tak lama lepas tu slah seorang anak Ienah pergi ambil seekor anak kucing yang mereka bawak berjalan dalam kereta. Manja betul kucing tu, macam budak kecil. Sabriena lantas mengambil peluang ini untuk bermain-main dan berpeluk-pelukan dengan haiwan kesayangan Nabi ini. Bila dah sudah bersembang, barulah mereka pulang. Terima kasih kerana menjenguk kami di sini. Raya yang akan datang ni jangan lupa singgah lagi.

Tetamu cilik turut bertandang.
Si Putih ni ialah kucing Ienah yang dibawak berjalan dalam kereta.
Sabriena sangat-sangat happy dapat pegang Si Putih.

No comments:

Post a Comment