m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, June 24, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 dari Neuformation

19 Jun 2017 - Tahun ni tiba-tiba ofis aku ada buat pertandingan design kad hari raya. Bila aku baca aje pengisytiharan tu, aku pun terus terbayang nak buat karikatur semua staff kat ofis. Ramai tu. 32 orang kesemuanya. Lalu aku pun mulalah mengumpul gambar-gambar semua staff ofis aku. Sumber gambar aku dapat dari bermacam-macam cara:

1. Stor simpanan gambar-gambar lama
2. Ambil gambar pakai handphone
3. Suruh staf whatsapp gambar

Kebanyakan gambar aku lukis masa weekend. Terpaksa gunakan computer anak saudara aku, pasal Photoshop kat komputer aku tak power. Memanjang hang, exit secara mengejut. Wajah yang paling susah aku draw sudah pastilah wajah lady boss aku. Kena agak-agak. Tak boleh terlalu kartun dan kelakar sangat. Tak boleh terlalu serius. Mesti ngam-ngam sepadan dengan peranannya sebagai lady boss. Setelah pulun sepanjang weekend, akhirnya siap jugak sebuah design yang sempoi.

Oh, by the way, kebanyakan kengkawan aku tak dapat participate dalam peraduan design kad raya ni pasal masing-masing tengah pulun buat drawing untuk disiapkan sebelum cuti raya. Malah mereka semua tak sempat nak fikir pun pasal peraduan ni. Okay. Let's call it design kad raya untuk suka-suka. Bukan pertandingan anymore.

Aku print dan tampal kad raya karikatur ni pada hari Isnin 19 Jun 2017. Siap email kat lady boss aku lagi. Dia suka. Aku happy. Lalu design kad raya ni telah di-official-kan untuk di-email kepada kesemua contact kami. Dan beginilah rupa kad raya tu:


Official raya card Neuformation Architects Sdn Bhd 2017.
Partners / bosses / directors / AR's: Ar Nurakmal, Amna, Ar Jalid, Ar Firdaus.
Seniors: Azrin, Adi, Akmal, Nik.
Admin / special assistants: Zu, Carol, Nasir, Awie.
Architects: Salam, Wenq, Adika, Afiq, Tron.
Assistant Arcitects: Hann, Farah, Ayou, Awal, Shahril.
3D modelers: Pally, Shamyl.
Drafting team: Yeatz, Muhaimin, Din, Hafeez, Syafiq.
Practical: Fateha, Gina, Haz.

No comments:

Post a Comment