m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, August 7, 2017

1 Syawal 2017 : Bersalaman dan bermaafan

Bahagian 1

25 Jun 2017 - Raya tahun ini sama macam raya tahun lepas, tanpa Allahyarham Ayah dan tanpa Allahyarhamah Kak Lin. Namun kami tetap meraikan aidilfitri. Masih berbusana sedondon satu famili. Tema tahun ini ialah 'dusty pink'. Kalau bahasa Melayu diistilahkan sebagai warna 'merah jambu belacan'. Semua ahli keluarga setuju untuk mengenakan pakaian warna ini. Segalanya macam dah sempurna, cuma masih ada sesuatu yang tidak mencukupi untuk melengkapi tema ini. Fikir punya fikir, akhirnya kami terlintas untuk menambahkan aroma pada pakaian kami agar unsur-unsur 'kebelacanan' dapat dirasai oleh bukan saja kami, tetapi juga oleh orang-orang di sekeliling kami. Ya, kami asapkan pakaian kami dengan wangian belacan bakar dari Melaka. Hmmmmm... semerbak keharumannya.

Test ambil gambar dulu sebelum acara bermaafan dimulakan.
Bermula dengan aku memohon maaf dari Ibuk.
Giliran adikku bersalaman dengan Ibuk.
Isteriku turut bersalaman dan mencium tangan Ibuk.
Satu ciuman disinggahkan ke pipi Ibuk.
Farid, cucu sulung memohon ampun dari neneknya.
Farid mencium pipi neneknya, yang dipanggil Nyaie dalam bahasa Jawa.
Giliran cucu kedua - Yana.
Cucu ketiga - Syahmie.
Mencium pipi Nyaie.
Wanie turut mencium pipi Nyaie.
Amier bersalaman dengan Nyaie.
Memohon ampun dan mencium tangan.
Dan kemudian mencium pipi.
Seperti selalu, setelah solat sunat aidilfitri, kami berkumpul di ruang tamu satu keluarga. Ini perlu dilakukan sebelum kami keluar beraya ke mana-mana. Yang muda akan bersalaman dengan yang lebih tua dan memohon ampun maaf di atas segala kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun. Sambil bersalaman, kami berpeluk cium di antara ibu dan anak, nenek dan cucu, abang dan adik, suami dan isteri. Dan seterusnya. Itulah kebiasaan kami. Tahun bertahun. 

Bersambung...

Sabriena diarah untuk melakukan perkara yang sama.
Sabriena berjanji untuk tidak nakal-nakal lagi.
Mencium Nyaie-nya.
Bersama adikku.
Abang dan adik.
Bersama yang tersayang, isteriku.
Bersama anak saudaraku nombor satu - Farid.
Dan anak saudaraku nombor dua - Yana.
Yana bersalaman dengan isteriku pulak.
Bersama Syahmie.
Satu kucupan buat Syahmie.
Mama mencium putera sulung - Syahmie.
Berpelukan ibu dan anak.
Syahmie dengan makciknya.
Bersalaman dengan Wanie.
Wanie mencium pipiku.

No comments:

Post a Comment