m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, October 21, 2017

Pementasan BDK hari pertama: Interaksi bersama penonton

Bahagian 7

Setelah curtain call, penonton berasak-asak naik ke atas pentas ingin bergambar dengan para pelakon kegemaran masing-masing. Masa inilah ruang beramah mesra dengan artis kesayang terbuka luas. Tak seorang pun di antara kami yang tidak melayan permintaan peminat dan penonton untuk bergambar. Antara yang paling laris pada malam itu sudah tentulah Dato' Jalaluddin Hassan. Kena beratur dan ambil nombor untuk bergambar dengan beliau. Tetapi Dato' Jalaluddin maintain tersenyum di sepanjang keberadaanya di atas pentas.

Ramai jugak yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan backdrop yang cantik dengan macam-macam aksi yang mencuit hati. Rata-rata aku tengok team produksi mempamerkan kecerian pada wajah masing-masing. Aku turut terasa tempiasnya. Dan hero-hero dalam Bangsawan ini berebut-rebut nak bergambar dengan Kencana Remaja yang kelihatan sedikit berlainan penampilannya.

Bersambung...

Bergambar di tepi titi merentas sungai.
Lagi aksi di taman larangan. Naqiuddin sempat bermandi-manda di sungai jernih.
Azzam cuba menyelamatkan Naqiuddin yang sudah hampir lemas dihanyutkan arus sungai deras.
Nazri pulak mengepalai sessi wefie.
Wefie di pinggir taman.
Bergambar dengan hero villain Zack Kool a.k.a. Kiabang Indera.
Zack Kool dengan peminat.
Dato' Jalaluddin Hassan dengan seorang peminat tegar.
Pak Morad ada peminat-peminatnya tersendiri.
Pak Morad bersama Mak Jah.
Oh! Rupanya Nazri belum selesai ber-wefie lagi.
Dan terus ber-wefie.
Tanpa henti...
Pangiran menceritakan saat-saat mendebarkan ketika bertarung dengan Kiabang Indera.
Zack Kool dengan salah seorang penonton.
Buah silat siapa yang lebih mengancam?
Bersama teman lama - Ienah.
Ienah lah yang telah mengajak isteriku untuk berkecimpung dalam arena teater bersama Hidayah.
Artis-artis veteran yang memberikan sokongan.
Lagi team produksi - Rosman, Nohman, Shanny, Yanti, Nazli dan Nanie.
Masih bersama kelompok yang sama.
Pangiran mengagumi set hasil kreatif Pak Malit.
Dadang dan Kencana Remaja.
Razi dan Aine.
Dadang dan Aine serta Razi dan Kencana Remaja.
Teman-teman yang enter frame ketika mereka bergambar.
Teman Rantau ini turut ingin berdamping dengan Kencana Remaja.

No comments:

Post a Comment