m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 22, 2017

Pementasan BDK hari pertama: Jumpa lagi pada show malam kedua

Bahagian 8 (Akhir)

Sepanjang berada di atas pentas, tak henti-henti penonton menyerbu ingin bergambar dan berinteraksi bersama pelakon. Dan sudah tentu mereka tidak dikecewakan permintaan mereka. Para pelakon dan kru produksi turut ber-wefie tak henti-henti. Begitulah seronoknya bila duduk di atas pentas keramat ini.

Setelah puas bergambar dan beramah mesra di atas pentas, sambung lagi bergambar dan bersembang di ruang foyer pulak. Aku melihat betapa ramahnya Dato' Jalaluddin Hassan berbual-bual bersama teman-teman artis yang ada di situ, khususnya Mak Jah, Normah Damanhuri, Kismah Johar dan Raftah Bachik. Tercuit hati aku bila mendengar mereka bergurau.

Bila kawasan panggung mula melengang, seluruh tenaga produksi diarah masuk ke dalam auditorium untuk sessi postmortem. Sebagai tuan pengarah, Abang Hj Kamarul AR banyak menegur persembahan pada malam pertama itu dari segi lakonan mahupun teknikal. Dan terdapat sedikit pengubahsuaian dari segi pemotongan dialog atau aksi yang dirasakan agak meleret-leret. Semua ambil nota akan teguran ini. Namun bagi aku, secara menyeluruh, persembahan yang dipamerkan adalah agak hebat jugak. Namun Abang Hj Kamarul AR dapat melihat ruang-ruang kelemahan yang masih boleh dipertingkatkan untuk persembahan pada malam kedua. Maka tuan-tuan puan-puan yang dihormati sekelian, nantikan ulasan persembahan pada malam kedua pula, nanti. Tapi lambat lagi ya.....?

T A M A T

Semua tak sangka tiba-tiba Nazli a.k.a. Kecik menghunuskan keris. Siapakah magsanya?
Tengok cincin kahwin ke tu?
Para pendekar dan serikandi yang telah beraksi.
Nazli a.k.a. Kecik masih tak puas hati. Masih mahu mencari mangsa.
Shanny dah terikut-ikut dengan rentak Nazli.
Semakin ramai yang ingin mengganas.
Oh! Rupanya Nazli masih berdendam dengan Zack Kool a.k.a Kiabang Indera.
Tapi Zack Kool a.k.a. Kiabang Indera tau yang dirinya itu kebal.
Para pemuzik dari Orkes Pulasan Merah.
Ada sedikit perselisihan faham mengenai chord lagu Dewa Kencana - F# major atau G# minor.
Mereka semua beraksi dengan sangat cemerlang untuk persembahan ini. Syabas!!!
The songkok tinggi gang.
Bersama Puan Normi - pengasas Qalish Beauty Care yang telah menaja t-shirt kami. Terima kasih banyak-banyak.
Artis-artis veteran ini singgah sebentar di gerai Armada Malaiu Malaysia.
Lang Indah tak keberatan melayan pertanyaan mereka.
Dato' Jalaluddin Hassan bergambar sesama rakan artis.
Dato' Jalaluddin bersama Normah Damanhuri dan Mak Jah.
Bergurau senda bersama rakan artis.
Dato' Jalaluddin mengusik Mak Jah. Sangat kelakar. Tapi aku tak nak cerita kat sini.
Masih dengan teman-teman artis.
Isteriku mengambil kesempatan untuk bergambar bersama. Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini.
Pak Malit memberikan cadangan untuk meningkatkan mutu persembahan.
Abang Hj Kamarul AR mendengar dengan penuh fokus.
Melihat siapa yang masuk ikut pintu depan.
Dua orang hero Malaya sedang berbisik.
Abang Lan Zailan, Abang Mubarak Majid dan Chi di barisan hadapan.
Salman jarang sekali tidak tersenyum bila berdepan denga kamera.
Sangat serius bila mendengar ucapan tuan pengarah.
Nohman berazam untuk memberikan yang terbaik untuk persembahan malam kedua.
Azlansham dan Faisal menghantar whatsapp mengajak lebih ramai untuk datang menonton.
Orang-orang kuat produksi.
Anisa mencatit segala pesanan tuan pengarah.
Neo dan R Azmi turut memberi perhatian.
Pendekar-pendekar duduk penuh disiplin.
Masih duduk mendengar.
Dengar, dengar jugak. Senyum, senyum jugak.
Dua lagi pendekar.
Dayang dan Rosman.

No comments:

Post a Comment