m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, October 14, 2017

Pementasan BDK hari pertama: Matinya Kiabang Indera

Bahagian 5

Lanjutan dari pertemuan di gua rahsia, strategi telah disusun rapi. Semua tenaga dikerah dari segenap sudut yang wajar. Bagai anai-anai yang menyusup masuk ke dalam rumah, begitu jugalah dengan Dewa, Kencana dan pengikut-pengikutnya. Pertempuran berlangsung sengit di sana sini. Konco-konco Kiabang Indera tumpas satu per satu. Asakan pengikut-pengikut Dewa dan Kencana terlalu kuat untuk dihalang.

Hinggalah ke saat Kencana bersua penderhaka Kiabang Indera secara berdepan. Mata bertentang mata. Amarah bertemu dendam. Keris Pusaka yang pernah di dalam genggaman Kiabang Indera akhinya menusuk tubuh Kiabang Indera sendiri. Si penderhaka jatuh menyembah bumi. Nadinya terhenti. Tampuk kuasa Selendang Mahkota dikuasai kembali oleh waris Paduka Raja Demara Muazar - Kencana. 

Di celah-celah pergolakan ini terselit persembahan extra-turn yang berupa tarian era enam puluhan dari Dayang Entertainment, serta celoteh jenaka dari Tauke Panggung dan temannya. Penonton tampaknya sangat-sangat terhibur.

Bersambung...

Persembahan tarian era 60an dari Dayang Entertainment.
Menari pada lagu Termenung (Jeffrydin).
Wajah ceria pada setiap penari ketika beraksi.
Tamat sebuah persembahan yang menghiburkan.
Orang Kaya Rantau bertelagah dengan Sura.
Dan masih bermegah-megah dengan pengaruhnya terhadap Kiabang Indera.
Yakin kedudukannya dilindungi dengan tampuk pemerintahan kini.
Teman-teman Rantau turut mengapi-apikan pertikaman lidah ini.
Sura dan teman-temannya tegas dan tidak berganjak.
Tenungan herdik dari Rantau.
Rantau juga berkeras untuk tidak ingin kehilangan keistimewaan yang diperolehinya.
Tidak akan tergugat selagi Kiabang Indera berpihak kepadanya.
Teman-teman Sura semakin agresif.
Berlaku pertempuan di antara pengikut-pengikut Kencana dan Kiabang Indera.
Kesuma beremosi memberikan kata-kata semangat kepada teman-temannya.
Celoteh jenaka Salman dan Lan Zailan sebagai Tauke Panggung dan temannya.
Bual-bual santai yang membuat penonton tak kering gusi.
Pengumuman penting dibuat.
Kiabang Indera resah dengan kekalutan yang melanda jajahan takluknya.
Tertanya-tanya angkara siapa.
Tak seorang pembesar pun yang mampu memberikan jawapan.
Amarahnya semakin memuncak.
Tak pernah terlintas di fikiran penguasaannya terhadap Selendang Mahkota akan tergugat.
Rantau menyampaikan berita tentang tampilnya seorang serikandi yang memberontak.
Kiabang Indera tergamam.
Rantau masih berkisah.
Dan menyuarakan sokongannya kepada Kiabang Indera.
Rantau cuba menikam curi.
Rantau tumpas di tangan Kencana.
Kiabang tak menjangka bertemu dengan puteri kepada Demara Muazar yang disangkanya telah hanyut di sungai.
Sangkanya Dadang berada di pihaknya.
Rupanya Dadang telah berpaling tadah.
Kiabang Indera mati ditikam Kencana.
Semua berasa lega bila keadilan telah berjaya ditegakkan semula.
Bertaut kembali tiga sahabat ini - Dewa, Kencana dan Dadang.

No comments:

Post a Comment