m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 29, 2018

Neuformation di Avillion PD: Juara Team Building adalah...

Bahagian 4

Di lapangan Tough Nation Team Building, kami dengan gagah berani meredah segala jenis rintangan dan halangan tanpa kenal erti gentar. Acara yang turut menjadi igauan para peserta adalah "berganding-ganding meredah papan tirus yang membuai". Nampak macam mudah. Tapi memerlukan fokus yang sangat mendalam dan terperinci. Sedikit silap langkah, seluruh team akan jatuh ke dalam gaung yang dianggarkan sedalam sepelaung Tarzan. Anakku Amier, walaupun dalam kegayatan yang amat meninggi, tetap mampu melepasi halangan ini dengan bergaya.

Brader marshal memberikan arahan kepada Team Warriors.
Berganding-ganding menyelusuri jambatan usang.
Ar Firdaus memulakan langkah pertama.
Semua berhati-hati.
Papan hampir patah sebab masing-masing mempunyai berat badan melebihi 99 kilogram.
Perjuangan masih diteruskan.
Amier berasa sangat gayat gamaknya.
Hanya empat orang lagi sebelum tugasan ini dapat ditamatkan.
Semakin hampir ke garisan penamat.
Sikit aje lagi.
Lagi tiga orang.
Okay settle. Syukur. Kesemua peserta selamat.
Tiba pula giliran kami untuk bermain air. Lama kami berbincang cara bagaimana untuk menutup segala lubang yang ada agar air yang ditadah tidak keluar mencurah ke tanah. Aku mencadangkan penggunaan cement grout. Afiq pula memberikan cadangan untuk menggunakan torch-on waterproofing membrane yang digabungkan dengan anti-root waterproofing. Manakala Tron dan Wenq lebih cenderung dengan penggunaan masking tape sahaja. Akhirnya kesemua cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh marshal yang bertugas. Katanya, cuma boleh tutup lubang pakai tangan dan kaki sahaja. Adusssss!!! Payahlah macam ni. Tapi kami terpaksa akur dengan kehendak undang-undang Building By-Law 2017 yang berkuat kuasa pada masa itu. Silinder yang pertama adalah yang paling mencabar sekali. Namun sesudah itu, lain-lain silinder dapat kami sempurnakan tugasan dengan agak mudah.

Giliran team kami pulak untuk main air.
Afiq sedang membuat kajian terhadap silinder itu.
Sedang menghitung bilangan lubang untuk dibahagikan sama rata kepada ahli kumpulan.
Satu untuk engkau, satu untuk aku. Dua untuk engkau, dua untuk aku.
Muhaimin tak puas hati. Dia pun nak kira jugak.
Aaaaaahhhh! Tak payah kiralah. Kita tutup aje lubang ni pakai jari tangan.
Operasi menutup lubang.
Satu lagi acara gayat yang memerlukan gandingan mantap di antara kesemua peserta dalam team adalah mendaki cerun bertali. Nampak macam mudah. Tapi yang menjadikan ianya sukar adalah kerana kami tidak dibenarkan memegang tali atau palang pada struktur itu. Ini memang agak menggayatkan bagi aku. Malah ia lebih menggayatkan lagi bagi Amier. Namun tidak ada satu perkara pun yang tidak boleh dibereskan jika seluruh team bersepakat dan saling bantu-membantu. Walau dalam kepayahan, kami dapat juga mengatasi halangan ini dengan penuh keceriaan.

Adegan memanjat cerun bertali secara bersepadu.
Pendakian bermula.
Ar Firdaus mengepalai rombongan.
Amier mula mendaki.
Tangan yang berganding tak boleh terputus.
Kini Amier pulak yang berada di puncak kejayaan.
Amier sedang gayat nak turun. Shafiq memberikan kata-kata perangsang.
Amier mencuba meniti di jambatan gantung.
Yang ini tak masuk dalam salah satu halangan yang perlu dilalui.
Macam best aje tengok Amier berjalan.
Perjalanan diteruskan.

Setelah ketiga-tiga team selesai mengharungi tugasan masing-masing, kami kembali berkumpul di bawah bumbung bersama para marshal. Juara akan ditentukan melalui masa yang terpantas. Setelah para juri profesional dan juri awam bermesyuarat dan mengira markah dengan menggunakan sempoa dan scientific calculator yang canggih, maka beginilah keputusan muktamatnya:

Tempat ketiga jatuh kepada Team All Black.
Tempat kedua jatuh kepada Team You Never Walk Alone
Dan juara jatuh kepada Team Warriors!!!

Tahniah untuk Team Warriors. Team kami cuma terlambat sedikit sahaja dari Team Warriors iaitu pada kadar 0.0016 saat. Itu pun sebab bateri stop watch marshal kami dah lemah dan khabarnya memberikan bacaan yang tidak tepat. Tapi kami redha ajelah. Selepas itu, kami terus bergegas ke bilik masing-masing pasal hujan mula merintik dari langit. Dan semakin lama semakin lebat pulaknya.

Bersambung...

Berkumpul setelah tamat permainan.
Masing-masing konfiden untuk menjuarai pertandingan ini.
Menanti keputusan muktamat dari juri profesional.
Sangat berdebar-debar.
"Keputusannya adalah....... Selepas iklan ini."

No comments:

Post a Comment