m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 1, 2018

Jom yee sang!

20 Februari 2018 - Tahun baru Cina dah lebih sebulan berlalu. Tahun ni ialah tahun anjing. Maknanya tahun ni orang akan banyak menyalak. Al-maklumlah, kan dah dekat dengan pilihanraya PRU-14. Masing-masing akan bersuara lantanglah menabur janji. Ada janji ori. Tak kurang jugak janji palsu. Ada janji yang wajar. Ada jugak janji yang tak wajar. Itu cerita politik aku bagi orang politik yang berkisah. Aku nak kisahkan pasal makan yee sang kat ofis aku suatu hari dahulu.

Korang tau tak apa kebendanya yee sang tu? Meh aku bagi huraian sikit, cut and paste dari Wikipidea:

"Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan."

Faham tak? Aku pun tak berapa nak faham jugak. Korang baca ajelah ya? Dan buat-buat faham.

Kami mula menggaul yee sang dengan tunjuk ajar dari Ms Boss.
Ada jugak yang kekok pakai chopstick.
Masa ni kami tengah bingung, tak tau nak buat apa dengan tiga pinggan yee sang ni?
Boss ofis aku yang agak mahir pasal budaya Cina ni telah berjanji akan bawak yee sang kat ofis. Okay-lah. Kami staf cuma terima aje seadanya. Pada hari yang dinanti, Boss kami, Amna dan dibantu oleh Carol telah membuat persediaan makanan dan acara yee sang. Yang lain-lain yang tak berapa nak faham cuma tolong tengok ajelah. Dalam yee sang ni ada pelbagai jenis sayuran yang telah disagat halus seperti carrot, sengkuang, kobis, kangkung, pucuk ubi, pucuk pakis, pucuk gajus, daun pegaga, ulam raja, bunga kantan, bunga lawang, bunga raya, bunga kemboja dan bunga bank. Semua ada campur. Dan kat atas sekali disusun hirisan daging ikan salmon mentah. Dan yang last sekali diletakkan sos madu lebah asli bercampur dengan madu lebah kelulut serta ramuan-ramuan jamu dan majun untuk menambahkan perisanya. Selepas itu, barulah semua staf dipanggil.

"Wahai orang-orang kampung sekelian! Mari berhimpun di sini. Kita akan memulakan acara me-yee-sang sebentar lagi."

 Kami diberi sepasang chopstick. Dan terus mendengar arahan dengan tekun.

"Tatkala gong diraja dipalu, handaklah sekelian rakyat mencapai batang chopstick dan merodok ramuan yee sang ini, dan menggaulkannya hingga sebati!" Begitulah arahan yang diberikan oleh Boss kami.

Dan "Boooooonnnnggggg!!!!" gong pun dipalu sekuat hati. Kami terus melakukan apa yang diarahkan tadi. Katanya, kalau lagi tinggi kami merodok dan menggaul ramuan yee sang tu, lagi bertuahlah nasib badan. Itu kepercayaan kaum Cina. Kami menggaul yee sang sekadar seronok-seronok saja. Dalam pada tu, ada jugak yang terlebih seronok dan melambung ramuan yee sang sampai mencecah siling. Sampai naik ke bumbung. Sampai hinggap di badan kapal terbang yang lalu lalang di angkasa!

Chef Pok Nik sedang menunjuk ajar cara menyediakan yee sang yang diadun dengan sos Ubi Jaga.
Gina turut membantu Chef Pok Nik.
Yee sang dan tonik B-Jaga bagaikan tak dapat dipisahkan.
Setelah sebati, barulah kami makan. Sedap jugak rasanya. Aku makan dua mangkuk lebih. Tapi kalau dah lama terhidang, kesegarannya akan hilang dan keenakannya juga akan mengurang. Aku rasa banyak juga yee sang tu berbaki. Tak taulah apa nasib yee sang yang tersisa tu. Masuk perut Cik Tong kot? Any way, terima kasihlah kepada Boss kami dengan exposure baru yang diberikan ini.

Chef Pok Nik menyusun hirisan ikan salmon.
Chef Pok Nik sedang mendemonstrasi kepada pelatih-pelatih yang berminat.

No comments:

Post a Comment