m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 29, 2017

Pernikahan Abby dan Za: Ijab dan qabul

Bahagian 5

Abby telah melalui detik yang panjang bersama Tok Kadi. Sekarang masa untuk akad nikah pulak. Dah beribu kali Abby practice lafaz terima nikah. Dah hafaz dalam kepala. Intonasi pun dah di-adjust bagi kedengaran lebih jantan dan macho, tetapi humble dan down to earth, namun tetap konfiden dan straight forward. Memang dah tak sabar-sabar Abby nak salam tangan Tok Kadi. Bukan nak mintak maaf Hari Raya. Tapi nak ucapkan kata keramat "Aku terima nikah... Tunaaaaaaiiiiiii". Itu saja. Ungkapan yang ringkas, tapi merubah segala status yang termaktub dalam FB, Instagram, Twitter dsb.

Tok Kadi sedang mengira duit mas kahwin.
Cukup dan tepat jumlahnya.
Tok Kadi dah salam tangan Abby.
Kuat dan erat genggaman Tok Kadi.
Tok Kadi sedang membacakan bait-bait perenggan yang tertulis di dalam borang.
Abby menanti cue untuk dia mula melafazkan bicara.
Dengan suara bass - "Aku terima nkah......  tunaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiii......."
Semua saksi kata sah.
Sebelum bersalam dengan Abby, Tok Kadi telah memastikan jumlah wang mas kahwin cukup dan tepat. Tak terlebih. Tak terkurang. Setelah Abby, Za, Tok Kadi, Allahyarham Ayahanda kepada Za, dua saksi bersedia, upacara pun dimulakan. Dengan sekali lafaz, suara jantan Abby bergema menyelimut dewan solat dengan penerimaan nikahnya. Semua hadirin menjadi saksi sahnya pernikahan ini. Dan masing-masing bersyukur kepada Allah, penantian yang sangat lama ini akhirnya berakhir jugak dengan ikatan suami isteri yang sah.

Para jemaah berdoa.
Dan terus berdoa.
Za tak dapat menyembunyikan kegembiraannya.
Safiyah cuba menenangkan Za.
Doa lantas dibacakan oleh Tok Kadi. Kami semua mengaminkan doa itu. Penuh kesyahduan dan tawajuh. Mendoakan segala kebaikan dan keberkatan buat pasangan pengantin yang baru disatukan ini. Semoga selalu dalam redha dan rahmat Allah. Semoga hidup sebagai suami isteri dalam ketaatan kepada Allah dan menurut sunnah junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w). Terlihat kesungguhan pada wajah Abby ketika mengaminkan doa yang dibacakan. Semoga Yang Esa memperkenankan. Amin.

Bersambung...

Abby terus berdoa.
Semakin lama semakin syahdu.
Setelah berdoa, sekali lagi perlu mendengar ucapan dari Tok Kadi.
Ucapan dan nasihat itu sedikit menyentuh hati.
Nasihat diterima dengan baik.
Arnab dalam songkok Faiisal sekali lagi nak melompat keluar.
Faiisal sebagai pengapit pengantin dapat merasakan apa yang Abby rasa.
Abby membacakan teks dalam borang.
Inilah wang mas kahwin yang telah dihias.
Sebahagian barang hantaran yang dibawa.
Tepak sirih - lambang 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment